Menu
Aishah Amin
  • Home
  • About Me
  • Blog
  • Contact Me
Aishah Amin

Total 8KG Lost!

Posted on June 10, 2016October 18, 2016 by admin

Alhamdulillah..

Saya secara tak sengaja bermula detoks pada 16 April 2016. Tak sengaja sebab saya tak berfikir panjang sangat, terus saja bermula.
Dan hari ini 10 Jun 2016, sejumlah 8KG saya dah berjaya buang.

Dari 65KG dan sekarang 57KG

Sebelum ini..

– Saya rasa mustahil nak turun walau 1KG pun, kerana saya menyusu
– Saya berpendapat ibu menyusu memang tidak boleh kawal pemakanan kerana selera yang tinggi
– Saya ingat dengan menurunkan berat badan, susu akan terjejas dan kesian kat baby
– Saya ingat saya tak boleh buang gula dari kehidupan
– Saya ingat saya harus berlapar untuk kurus
– Saya ingat kalau saya turun berat badan, ia akan kembali semula ke asal
– Saya ingat saya takkan kurus tanpa bersenam
– Saya ingat saya akan overweight selama lamanya
– Saya ingat hanya dengan berpuasa saya akan kurus

Semua tu alasan belaka rupanya uhukkk..

Sebenarnya, sepanjang 2 bulan ini, tubuh saya semakin segar dan sihat kerana saya memilih apa yang saya makan.

Dan paling penting saya jaga jumlah dan jenis makanan yang masuk. Dan saya sekali kali tak benarkan diri berlapar.

Mengikut nisbah seperti berikut:

  • Sayuran adalah perkara paling banyak saya makan (3 bahagian)
  • Kemudian protein (2 bahagian)
  • Kemudian buah buahan Dan serat (2 bahagian)
  • Kemudian (kalau masih perlu) baru ada karbohidrat (2 bahagian)

Hujung minggu biasanya saya makan seperti biasa, dan menjaga jumlah karbohidrat yang masuk (nasi) dan gula. Sayuran saya akan ambil tambahan di rumah. Selalunya salad. Saya takkan biarkan sehari tanpa sayuran.

Dan paling utama, saya pastikan tak lapar. Kerana memang selera ibu menyusu agak ganas. Kalau saya lapar sebelum waktu makan, besar kemungkinan fikiran akan menjadi kurang waras nak memilih makan. Dan selalunya saya akan makan nasi banyak. dan bertambah.

Saya pastikan 2 jam sebelum makan tengahari/malam, saya dah minum protein saya yang enak tu. Bila macamtu selalunya saya memang boleh tahan godaan meja makan.

Dah dapatkan Menu Detoks yang saya kompilasi PERCUMA untuk Ramadan?

Kalau belum boleh download di sini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Google+

Recent Posts

  • The Big 4-0, Scary much?
  • French, anyone?!
  • Kesihatan Mental : 5 Sebab Diet Rendah Karbohidrat Sangat Berkesan
  • 5 tips mudah untuk Healthy Low Carb Grocery Shopping
  • Macamana saya stay bawah 20g karbohidrat seharian

Recent Comments

  • Uji Rosli on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • iz on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • scryde.ru on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam

ENTRI

April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Oct    

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers

Archives

  • October 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
©2021 Aishah Amin | Powered by WordPress & Superb Themes