6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam

November 4, 2016

tips-bersenam-untuk-kurusSaya memang malas bersenam sebenarnya.

Maka kalau saya bersenam tu maksudnya awak tau ler saya push my limits.

Saya paling tak gemar berpeluh peluh, baju basah dan kena pergi mandi lepas tu.

Masa raya haji bulan September, saya suruh husband photoshoot saya dari arah belakang (duduk sambil pegang baby) tepi sawah padi. Konon nak efek pro la gambarnya.

Bila tengok gambar, kus semangat..saya terjerit kecil sebab saya nampak benjolan lemak yang agak hodoh di atas pinggul.

Why no one ever tell me this? Have this fat been here forever?

SAMPAI HATI!! *cry buckets*

Jadi saya mengambil keputusan bahawa lelemak degil di bahagian perut pinggang pinggul harus berambus dari hidup ini.

Caranya : Detoks semula, eat clean dan benda yang saya paling benci — WORKOUT.

Maka sejak 21 September saya telah mula menjalankan senaman harian. Saya bermula 20minit sehari, sekarang sudah 30minit.

So dah lebih 30 hari nampaknya usaha saya ini.

Dan of course la nampak perubahan dari segi lemak perut pinggul pinggang (tu sy cerita next entri).

Tapi macamana saya dapatkan semangat nak buat workout harian? Sebab saya kan pemalas.

  1. Motivasi pertama tentulah gambar di kampung masa raya haji. Mana ye gambar tu? satu hari nanti bila saya dah kuat minda sikit boleh lah saya post sini HAHA..Pembakar semangat. Tanpa wake up call macamtu pasti saya akan selesa je dengan keadaan rasa dah kurus (masa tu baru loss 8kg tau). So feeling champion tu memang makan diri. So point kat sini ialah jangan rasa selesa.
  2. Pakai slogan Nike “Just Do It”. Memang ada harinya rasa nak bermalas menonton TV tu melebihi segalanya. Tetapi saya ambil kasut, dan bersiap untuk workout tanpa perasaan. Mula warm up tanpa perasaan. Perasaan akan mula tiba bila jantung berdegup kencang.
  3. Ya, saya bersiap untuk workout. Walau senaman dalam rumah. Maksudnya pakai kasut yang bagus, pakaian menyerap peluh, seluar yg bagus. Barulah feel workout datang. Memang tak pernah la berbaju kelawar sepanjang bersenam. Walau boleh saja, bukan ada sesiapa nampak pun. HAHA. Btw, nak bersenam kasut wajib pakai ya, dan wanita sekalian wajib kenakan sports bra. Sekian.
  4. Senaman yang berbaloi dalam masa yang singkat. Dah berpuluh2 senaman Youtube yang saya cuba. I will always go back to Jillian Michaels 30-day Shred (Level 2 & 3) untuk extra push extra kesakitan,maka extra perpeluhan. (Of cos extra feeling kurus selepas itu). Kalau saya rasa pemalas dah berhari2 tak ada kesakitan saya akan buka video tu. 20 minit yang menggelupur. The best!
  5. Pelbagaikan bentuk senaman. Sebab nak berkesan pun membentuk badan harus lah mix kan cardio dan toning exercise. Ada harinya saya workout di rumah. Hujung minggu saya buat larian di tasik (dalam 3km), atau 10 pusingan blok kondo saya. Atau jua threadmill di gym kondo saya. Adakalanya tak sempat, saya pilih saja beberapa pusingan workout yang dicari dari Pinterest. Ada banyak sangat lah. Memang tiada alasan.
    Kalau dah tak sempat sangat, boleh cuba plank challenge. Yang ni tak yah bersiap sangat pun ok. Just time kan plank, setiap hari. Buat sampai kuat kau plank selama 4-minit. Nak tau tak benda ni nampak cam senang tapi boleh menangis, sekali dgn lelemak perut tu menangis. Baca artikel ni.
  6. Bagitau seluruh dunia anda sedang workout untuk turunkan berat badan. Senang je bagitau seluruh dunia. FACEBOOK!! haha.. dengan cara itu, anda takkan sanggup nak cheating tuang workout sebab semua orang tau projek anda. Kalau terserempak tengah makan nasi beriyani pun kantoi kan. Lagi2 kalau terserempak dengan FB fren sedangkan anda masih bam bam seperti dulu. (cakap diri sendiri ni)..

Nak tukar2 tips sambil enjoy turunkan berat badan? Takut hilang motivasi dan 2017 anda masih seperti sekarang. Mahu ubah saiz pakaian dan ubah taraf kesihatan dan penampilan??

Saya buka 20 pendaftaran Fit&Cun Mommies Edisi Tahun Baru 2017. Kesemua Mommies akan dikumpulkan dalam satu telegram channel. Dan proses Detoks bermula pada 14 November ini.

Make sure korang tak terlepas la OK?! Kita semua harus menjadi mommies yang HOTNESS tahun depan. Join Coach korang yang separa hawt nihhhh…

admin

About the Author

admin

Leave a Comment:

All fields with “*” are required

eima

tp sy sdang bf ank.. anak bru 7 bln.. nlh ke joint

    admin

    Boleh join Eima..saya pun menyusu anak 10 bulan. dah 11 KG lost guna cara ni. Susu meriah..
    boleh tengok info program di http://fitcun.com/fit-cun/

El

Great tips! El baru nak start hari ni. Hopefully I can also see the difference after 30 days. Waiting for your next post on the bam-bam.. haha

    admin

    let’s fight those fats EL!!!!

Nor hertina Alias

Mcmmana nak join fit & cun ni..

scryde.ru

Ramai yang mengatakan bertuah , kerana walaupun makan seperti kuda tetapi badan masih boleh kekal slim. Saya adalah salah seorang daripada mereka yang bertuah ini. Hinggakan ramai yang bertanyakan rahsia saya. Tiada rahsia sebenarnya. Rahsia yang ingin saya korek pula adalah tips untuk menambah berat badan dengan berkesan . agaknya menambah berat badan masih lebih mudah dari pada menurunkan berat badan, tapi kalau kurus dari faktor keturunan macam mana tu? pastinya susah juga kan? Jom baca entri terbaru Imam 10 Buah-buahan untuk diet sehat

Leave a Comment:

All fields with “*” are required