5 Restoran Yang Anda Pilih Untuk “Berdiet” Sebenarnya…………

Hai semua,

Fuh saya baru saja balik dari bershopping di AEON Mall. Penat woo..

Shopping dekat AEON ni best sebab dia jual ikan salmon yang fresh dan fillet cut. Cuma kena bajet bajet la nak beli..Saya suka ikan Salmon ni sebab saya bole ratah dia lepas grill, dengan anak- anak pun suka. Lepas tu kalau kena dengan salad, gril bersama lobak merah, sedap sangat la..

BTW masa dekat AEON tadi saya dok pilih tempat nak makan yang sesuai dengan kondisi saya nak turunkan berat. Biasanya kalau pergi makan di luar, saya pilih makan nasi campur saja. Sebab portion nasi, protein dan sayur tu saya boleh tentukan, termasuk la jenis2 nya..ikan bakar ke, goreng ke..semua terletak di tangan kita.

So masa lalu lalang dekat Restoran tu, saya tengok beberapa tempat makan yang saya selalu pilih semasa saya berdiet yg lepas- lepas, semasa takde ilmu sangat pasal makanan. Kadang tu restoran ni memang iklan kan sebagai “healthy option”. Memang tak dinafikan betul, cuma sebagai pelanggan yang ada objektif mcm kita ni, wajib la paham macamana nak makan di restoran macam ini.

  1. Restoran SUBWAY
    subway-makanan-sihat
    Memang antara restoran “fast food” yang memberi pilihan sihat. Ada banyak tapi nya ya. Roti pilihan paling sihat pun ialah Honey Oat atau wheatmeal. Dan makan yang jenis FOOTLONG adalah portion besar gila yang tidak akan beri calorie defisit. Maka tidak akan membantu menurunkan berat.Korang tau Marinara Meatballs Sub tu ialah 511 kalori iaitu lebih dari jumlah kalori Big Mac..haha..ni saya tengok Youtube..jangan kecam ahkak..

    Semua bentuk pakej nya yang bersama cheese pun ada kalori yang tinggi. Dan daging terproses yang tinggi sodium juga digunakan (salami, crab stick). Pilih yang menggunakan daging segar lean seperti ayam atau daging panggang..itu sangat baik.

    Sayur saladnya adalah paling terbaik dan anda patut pilih SEMUA. Sos cili, mayonis, mustard tu pula jangan berlebih lebih.

    Lepas tu berpuas hatilah dengan air mineral sahaja. Tak payah ambik set, sebab set tu dapat air berkarbonat dengan gula yang tinggi, bersama potato chip (snek tinggi garam dan kalori ) atau soft cookies yang sedap gila dan takkan buat kau kurus forever.

  2. Restoran Steam Boat contoh : SEOUL GARDENseoul-garden
    Selalu kawan- kawan ajak makan steam boat untuk kasi ruang mereka yang berdiet tegar boleh join sama- sama. Memang boleh nak diet kat situ sebab kebanyakan daging + sayur dia mentah dan segar. Lepas tu cara nak masak pun merebus atau memanggang sahaja. Kedengaran seperti pilihan yang sangat sihat dan mendietkan.

    Ada suatu yang agak tricky bila restoran steam boat ni biasanya jual pakej buffet (semua anda boleh makan). Semua anda boleh makan dari sayur- sayuran segar, mi goreng, nasi goreng sehinggalah desert nya yang melimpah ruah, minuman minuman manis, semuanya termasuk. Kalau anda tak makan semua buat apa nak bayar RM45 sekali masuk.

    Memang punah la target #sukusukuseparuh pinggan jika anda dah melangkah masuk ke dalam restoran Seoul Garden. Orang pun taknak belanja lagi dah kalau anda makan seciput macamtu… HAHA

  3. Rojakrojak-subangFavorite saya dekat Shah Alam ni ialah Rojak Karim (truk di celah jalan bertentangan Plaza Shah Alam), atau Rojak Subang SS15. Setiap suapan rojak nya adalah SORGA.

    Kalau anda buka pek rojak ni anda akan dapati — SALAD– timun, lengkuas, telur rebus. Pilihan yang segar dah sihat..

    Tetapi,,Yang sihat terhenti di situ…Bersama itu, ada juga keropok keropok garing, kuih vadey yg ditambah kelapa goreng, cucur, dihidang bersama kuah kacang yang lazat.

    Paling j***ke sekali dia jual pakej rojak tersebut dengan cendol. Yang diletak ais parut. Kadang- kadang tak sedar mulut TERRR order CENDOL DURIAN.

    Sadaqallahul azim…

    BTW, nasihat saya, kalau anda rasa pilihan order rojak untuk makan malam adalah bijak, sila kembali ke daratan dengan berkongsi hidangan tersebut dengan suami dan anak- anak. Makan 3-4 suap cukuplah..hehehe..

  4. YONG TAU FOO
    menu-sihatIni pun pilihan makanan saya bila feeling diet tau. Sebab apa? Sebab ia tofu la, direbus atau dihidang bersama sup sahaja. So nampak sihat, betul tak.

    Akan tetapi ketahuilah bahawasanya kebanyakan item pilihan adalah jenis terproses. Jauhi..segala macam fishball, hot dog, fish cake, crab sticks. Yang OK adalah tauhu, sayuran (bendi, kangkung, cili, peria), fucuk tu ok la ..kurangkan pengambilan kuetiau ya

    Dan sosnya saya taknak komen. Memang lazat bila campur kan yang original dengan yang pedas, ditabur bijan..Yang ini harus perhati lebih.

  5. Popiah SS ALImenu-sihat
    Popiah adalah antara kuih yang sangat baik untuk diet. Dan ia mengenyangkan jugak. Tetapi elakkan yang bergoreng ya.

    Popiah basah tu memang meletop..cumanya ada beberapa hal. Isi nya digoreng sebelum dibalut, dan kemudian di topkan dengan sambal tumis yang lezatt..

Bukannya tak boleh makan semua di atas ni. Hatta kalau nak makan KFC atau Pizza pun boleh, tapi benda paling penting kena faham adalah calorie defisit untuk kurangkan berat. Kalau nak kira nilai nutrisi makanan di atas dah OK sebab banyak sayuran, cumanya kena tahu mana yang patut dilebihkan dan mana yang patut dikurangkan.

Harus faham bagaimana nak pilih makanan, bila nak berusaha turunkan berat. Jika anda tak berapa mahir, boleh je belajar. Dan terus praktikkan, sebab bila dah tau, dan dah praktik, dah bijak memilih..pergilah makan di mana pun, anda masih boleh mencapai objektif dan tidak terus ke laut.

Selamat mencuba OK!

img_5405-1.jpg

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *