Elak-Berat-Badan-Bertambah-Pada-Bulan-Puasa

Bagaimana Elak Berat Badan Bertambah Pada Bulan Puasa

Berpuasa boleh menyebabkan berat badan meningkat untuk sesetengah orang. Jika anda salah seorang yang biasanya akan terjebak naik berat berbanding turun berat, anda harus makan seadanya antara waktu buka puasa dan sahur. Dan juga kurangkan jumlah makanan untuk mengurangkan jumlah kalori yang diambil.

Sebab- sebab berat badan meningkat pada Bulan Puasa:

  1. Makan tak berhenti- henti selepas berbuka sehingga waktu sahur. Selalunya akan rasa “kembung” kerana terlalu kenyang.
  2. Tiada aktiviti atau kepenatan selepas berbuka.
  3. Makan terlalu banyak dari biasa
  4. Makan makanan berminyak, tinggi kalori dan tinggi gula seperti kuih muih, manisan, kuih bergoreng dan sebagainya, lebih lebih lagi di waktu malam.
  5. Menghadiri majlis buka puasa atau buffet Ramadan yang menyebabkan terlebih makan.

Jadi bagaimana caranya nak memperbaiki tabiat nutrisi dan mengawal berat badan?

  1. Berbuka dengan makanan yang ringan sahaja, atau kawal saiz hidangan
  2. Mengunyah dengan perlahan, untuk elak masalah penghadaman
  3. Makan sup dan salad dahulu, ini adalah makan kalori rendah yang boleh beri rasa kenyang yang cepat
  4. Minum sekurang- kurangnya 8 gelas air antara waktu berbuka dan sahur
  5. Makan buah buahan atau jus perahan sendiri (tanpa gula), elakkan minuman jus dalam botol/kotak yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  6. Pilih produk tenusu lemak rendah dan daging yang pejal tanpa lemak
  7. Gantikan kuih muih manis dengan salad buah- buahan
  8. Berjalan selama setengah jam ke sejam setiap hari untuk bakar kalori berlebihan

Cara Memasak Juga Menentukan Berat Badan yang Sihat!

Sepanjang bulan Ramadan, elakkan menggunakan minyak untuk menggoreng. Pemilihan makanan berminyak bukan sahaja akan menambah berat badan, tetapi menimbulkan ketidakselesaan kepada perut yang sedang berdetoks semasa berpuasa. Sebaliknya banyakkan membakar, grill, mengkukus dan stim.

Tetapi jangan jadikan cara memasak begini sebagai penyebab makanan anda tak berasa. Ada banyak cara memberikan rasa yang hebat kepada hidangan, seperti dengan menambah rempah ratus, ikan bilis, udang kering, serbuk cili, cili padi, limau kasturi, dan sebagainya.

Pastikan bulan puasa lebih indah & ceria apabila kita memilih makanan yang baik. Pemilihan makanan banyak akan menentukan tahap kecergasan sepanjang bulan ibadah ini, dan juga menentukan bagaimana rupa anda setibanya Aidilfitri kelak!


Dah dapatkan Menu Detoks Ramadan percuma? Boleh Klik di sini untuk download dan kami hantar terus ke inbox Email anda!

kurus-sambil-menyusu

4 Sebab Anda Tak Kurus- Kurus Walaupun Menyusu

Saya selalu fikir, saya la ibu yang malang tu.

Sana sini orang kata menyusu boleh cepat kurus, tapi kenapa baju saya semakin ketat, seluar jeans saya tak pernah boleh kancing? Saya menyusu penuh, mengepam, 2 tahun penuh..semua sekali. Satu kg pun susah nak turun.

Beyonce, penyanyi Holywood tu kata dia jadi cepat kurus dan seksi lepas bersalin sebab dia menyusu baby dia. Selama 10 minggu. *cries bucket*

Lisa Surihani. Saya macam bersyukur sebab ada rupanya orang yang tak boleh kurus balik lepas melahirkan. Dia pun mengaku dan redha dengan tubuhnya yang chubby chubby je, sebab Yusry pun OK je, yang penting anak dulu dapat khasiat susu ibu yang baik…Tapi lepas 2-3 bulan saya tengok, dia dah kembali cun dan langsing — eh apa jadi dengan redha semua haritu. #cheh

Sejak saya menemui kaedah Fit&Cun, saya temui 4 jenis masalah biasa yang dihadapi oleh ibu- ibu menyusu dan baru melahirkan dalam soal nak turunkan berat. Bila kita cuba untuk tackle masalah ini, mereka lebih berjaya nak kurus dengan sihat dan gembira.

Saya percaya waktu menyusu baby adalah waktu paling sesuai nak buang lemak lebihan yang dah berkumpul sekian lama. Kalau kena caranya, anda boleh turunkan berat menjadi ideal dan terus tukarkan habit tu sampai bila- bila.

Sekarang saya dah tahu sebab kenapa semasa dua anak pertama, saya menyusu tapi makin gemuk:

1.TAK MAKAN CUKUP KALORI & TAK CARI KESEIMBANGAN

Badan ibu menyusu dengan orang lain tak sama langsung. Jika dulu masa bujang kita kurangkan kalori je terus slim. Tapi lain cerita sewaktu menyusu baby.

Tubuh menyusu kita amat sukakan “lemak”. Kalau kita makan kalori terlalu rendah, badan kita akan serta merta “standby mode” dengan lemak sedia ada. Ia takkan bakar lemak tu, just in case ia perlukan.

Jadi kunci nak makan sewaktu breastfeeding ialah biar badan dalam keadaan tenang, relaks. Makan setiap 3 jam, jangan biar lebih 4 jam tanpa makanan. Kira kalori makanan betul- betul sebab anda tak mahu terkurang sangat atau terlebih. Jika ada satu regime menu yang anda dah selesa, stick kepada rejim tersebut.

Katakan anda perlukan 2,000 kcal sehari , pastikan anda tidak jatuh kurang 1,800 kcal.

Hmmm..tricky kan?

2. TERLALU STRICT DIET

Ini masalah yang meyebabkan ramai kecundang di tengah jalan. Siapa je yang boleh survive diet makan epal hijau, sayur hijau mentah dan ikan bakar di setiap hidangan?

Ibu menyusu adalah seorang yang beremosi bila bab makan. Saya pernah menangis bila anak- anak saya meragam dan saya sangat lapar, sedangkan makanan dah masak tinggal nak makan.

Saya juga pernah pesan 2 hidangan sekaligus semasa makan tengahari.

Jadi basic pemakanan diet ibu menyusu haruslah SEDAP, BERKHASIAT dan RENDAH KALORI. Tricknya ialah selepas anda selesai makan, anda tak perlukan snek2 seperti coklat, kerepek, aiskrim dan sebagainya.
Ni contoh menu yang saya cadangkan dalam Fit& Cun:

Pagi : Overnight oats dengan kismis dan susu segar, kopi O
Snek 10am : Roti bijirin penuh sekeping – sapu butter low fat
Makan Tengahari : Nasi segenggam, daging bakar air asam, separuh pinggan sayur bayam celur
Snek 4pm : Protein 2 sudu + pisang + susu + oats +aisΒ  = smoothie
Malam : Nasi segenggam + kerabu mangga + timun + tomato + ayam panggang 1/4

Amacam? sedap tak? yang penting kena tahu kalori, takleh lebih takleh kurang sangat, dan TINGGI NILAI NUTRISI di setiap hidangan. Makan nugget? Hot dog? sos, kuah terlebih? itu PANGKAH.

Jangan letak dalam minda yang makanan itu makanan ini semua jahat. Cari keseimbangan antara makanan yang sebenar dan kenikmatan hidup. Anda takkan teringin nak cheating selalu.

3. SANGKA KENA BERSENAM BERJAM-JAM

Sangkaan begini yang akan buat anda takkan bersenam FOREVER. Semua orang tahu seorang ibu dengan baby kecil mana ada masa lapang. Nak mandi pun tak sempat, inikan pula nak suruh bersenam. Sebab ramai guru fitness kata kena bersenam satu jam sekurang- kurangnya 5 kali seminggu. Mana nak cilok masa dik, nak dapat 10 minit tanpa tangisan anak pun dah kira bersyukur, betul tak?

Cuba ibu yang bekerja pejabat 9-5, ada baby dan ada anak- anak lain yang lebih tua. SORRY memang tak ada masa. Lebih baik saya teruskan je menjadi tembam dan tak sihat. tett..

Untuk klien fit&cun, saya berikan senaman 20 minit MAKSIMUM, tetapi ia adalah INTENSE. Sebab saya juga tak boleh lebih dari 20 minit. Saya pastikan 20minit sahaja tapi berkesan macam mereka berlari kickboxing selama sejam. Penting untuk ibu- ibu ni kembali mendapat bentuk badan anak dara kembali, itu sebab workout yang disediakan fokus ke arah tersebut.

Lepas tu mindset bersenam pun, jangan lah sebab nak cepat- cepat kurus. Memang ada yang lose seinci terus dekat pinggang, tapi kita paham tak semua menikmati kesan yang sama.

Nikmati side effect bersenam pada minggu pertama seperti tenaga tambahan, hormon endorfin yang terhasil buat kita gembira dan rasa sangat puas hati. Timbangan akan follow je lepas tu..

4. Mindset yang fokus nak kurus SAHAJA

Mindset lah cabaran utama dalam program nak kurangkan berat untuk ibu menyusu. Sebab kita extra lapar, kurang masa, kadangkala kurang sokongan keluarga, sangat sibuk dan selalu stress.Yang utama sekali haruslah sayangi diri sendiri, kita lakukan semua ini bukan semata mata untuk kurus sahaja. Kita juga menghasilkan susu yang sangat penting untuk si manja.

Kita juga tak mahulah penyakit kronik singgah di kala anak masih kecil..macam darah tinggi, kencing manis..jadi lakukan semua ini untuk perkara yang lebih besar dari sekadar jadi kurus.

Adakalanya kita akan ke laut..terhenti program senaman, terbabas jaga makan. Tapi jika kita pasakkan mindset yang betul, InshaAllah kita takkan kembali kepada tabiat lama yang membuatkan kita gemuk, kurang tenaga dan stress.

Perbetulkan mindset dulu, the rest will follow…

Jika anda berminat untuk mengetahui apa yang program Fit&Cun 30 hari tawarkan boleh klik link ini.

6 Tips Sertai Larian Untuk Mommies

tips-sertai-larianLarian-untuk-mommiesMinggu lepas, saya menyertai satu larian kelolaan Ice Watch. Ia merupakan milestone untuk saya yang baru berjinak jinak dengan fitness.
Saya pilih jarak larian paling minima iaitu 5km sahaja. Selalunya jarak 5-6 km ni mereka gelar “fun run”.

Bezanya bila lari sorang- sorang berbanding menyertai larian adalah ia sebahagian dari acara yang meriah. Selalunya kalau sertai acara ni kita akan mendapat goodies yang menarik, dan selalunya akan terima pingat bila berjaya habiskan larian. Untuk larian lebih jauh, ada juga hadiah- hadiah yang ditawarkan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Jadi semangat nya sangat membara.

Ada banyak sangat acara larian kalau mommies tinggal di KL & lembah kelang.

Untuk saya yang tinggal di Shah Alam ni pun ada macam macam pilihan. Tinggal nak atau tidak sahaja.

Selalunya yuran penyertaan berharga antara RM20 hingga RM90. Selalunya tengok penganjurnya dan apa goodies yg akan diberikan.

Larian-untuk-mommies
Saya 5km, husband 10km – date night 😍😍

Acara larian macamni sangat sesuai untuk mereka yang dah lama rasa lemau tak beraktiviti cergas. Sebab bila kita daftar, kita akan terus berusaha untuk berlatih sikit sebelum acara larian, maka automatik kita bersenam dan berlari.

Kalau nak tengok acara lain yang ada tahun depan (kotlah azam tahun baru mommies untuk lebih cergas dan menawan), boleh ke website My Race Online atau Facebook page Malaysia Marathon.

Larian-untuk-mommies
Dengan member yg dah gojes &fit, Jamie

Ok harini saya suka nak kongsi tips untuk newbies acara larian, khususnya mommies beranak kecil.

1. Cari sesiapa yang sudi babysit anak, boleh juga dibawa.

Haritu saya sertai larian bersama suami, maka saya minta tolong ibu bapa dan adik untuk menjaga mereka. Tak lama pun sebab larian dalam 2 jam sahaja.

Ramai juga yang memilih untuk membawa anak. Nampak seronok anak2 kecil sertai fun run. Yang babies boleh dibawa dalam stroller jog, kalau ada lah.

2. Pilih waktu larian yang mesra-anak-kena-tinggal

Untuk saya, larian awal pagi memang tak begitu sesuai, kerana anak-anak perlu dipersiapkan.

Larian tempohari bermula jam 8malam dan anak-anak pun hampir waktu tidur mereka, so lebih selesa dan sesuai untuk saya & mereka.

3. Mommies yang bf, pam dulu

Kalau anda masih menyusu, make sure, pam dulu sebelum larian. Sebab agak tak berapa selesa nak berlari bila “engorge”.

4. Pakaian yang sesuai

Pastikan ada kasut yang elok dan selesa. Kalau belum beli, pilih yg jenis “running” kerana ia direka khas untuk berlari atas jalan atau trek.

Pakaian dalam sukan juga penting ya mommies. Labur sikit untuk beli Sports Bra πŸ˜‰

5. Makan yang ringan sebelum berlari

Suami saya makan nasi minyak beberapa jam sebelum larian menyebabkan perutnya terganggu, ketika berlari.

Seeloknya makan makanan yang bebas minyak dan seeloknya ringan seperti roti berserat, shake protein, biskut tinggi serat atau buah buahan. Lepas dah habis lari kalau nak makan apa pun silakan.

Oh jangan lupa minum air secukupnya sebelum berlari.

6. Berlatih 5 kali seminggu sebelum larian

Untuk mengelakkan kekejangan otot kerana tak pernah berlari terus nak buat 5km, pastikan otot kaki yang digunakan untuk berlari telah “dibiasakan” dan dilatih.

InshaAllah kalau dah biasa otot tu tak terkejut dan mudah pulih selepas selesai acara larian.

Ohya, jangan lupa stretching sebelum mula berlari.

Ok tu je 5 tips perkongsian saya yang newbies ni. Next event saya “mungkin” akan berada di sini.

Larian-untuk-mommies
Cadbury Charity Run Jan 2017

Dan inshaallah dah mendaftar untuk yang ini.

Marathon-wanita
Malaysian Women Marathon, Mac 2017

Join community Fit&Cun untuk 2017 yang lebih slim, glowing dan cergas.