Tips Detoks Pada Musim Perayaan

Selamat Hari Raya!

Kalau tengok sepanjang minggu lepas punya pilihan makanan, memang pergh sangat. Ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, nasi impit, pulut, soto, lontong, u name it. Even untuk orang yang paling kuat keimanan pun mesti goyah beb. Almaklum lah dah sebulan berpuasa Ramadan. Takkan lah nak tengok saja kan?

By the way, hari ini mostly orang dah kembali bekerja. Ada yang tobat, nak berpuasa semula. Ada yang dah renew membership di gym. Korang macamana lak?

FAKTA

Sistem pencernaan kita ni paling penting untuk kehidupan yang sihat dan selesa. Fungsi pencernaan dilakukan bersama oleh beberapa organ untuk memecahkan makanan, menyerap dan proses nutrien dari makanan yang kita makan.

Sepanjang minggu raya lepas, sistem pencernaan kita ni bekerja sangat keras, disebabkan segala macam makanan yang menyelerakan, berminyak dan berkolesterol tinggi terpaksa diproses.

Kalau kita tak jaga sistem pencernaan, dan selalu alami ketidakhadaman, badan kita boleh jadi kurang ber zat dan toksin boleh bertambah- tambah dan ini mempercepatkan penuaan. Say no to makcik makcik too early ya?

Ada beberapa cara untuk menyihatkan semula fungsi pencernaan kita, dengan herba- herba dan makanan- makanan segar terpilih, mari kita tengok pilihan detoks..

  1. TEH HERBA
    Teh herba tanpa kafein boleh kurangkan rasa kembung dan tak selesa.

    Bancuh dedaun dan herba di bawah ni dengan air suam, untuk rasa kelegaan.

    • Peppermint – Sangat bagus untuk sistem pencernaan. Bantu buang angin dan legakan ketidakhadaman.
    • Bunga Chamomile – Ada fungsi anti-keradangan, yang beri efek penenang. Juga anti stress yang selalunya dikaitkan dengan masalah ketidakhadaman.
    • Serai – Legakan sistem pencernaan dan menyegarkan tubuh.
  2. MINUMAN HIJAU
    Jus hijau sangat penuh dengan nutrisi. Ia boleh buang toksin yang tersekat dan tersimpan dalam badan kita. Jus hijau macamni boleh bersihkan sistem pencernaan, bantu pergerakan sistem tubuh, buang angin di samping meninggalkan nutrient yang sangat tinggi dalam badan.

    Untuk permulaan boleh blend bersama sayur yang lembut pada usus macam timun, pegaga, dan tambahkan buah epal untuk pemanis semulajadi.

  3. ENZIM SEMULAJADI
    Nenas ada enzim pencerna bernama bromelain. Manakala betik pula ada enzim Papain.

    Enzim semulajadi ini bantu sistem pencernaan memecah dan menyerap nutrien dari makanan kita yang kita makan.

    Cuba minum jus dari buah- buah ni dan ia akan bantu lepaskan angin, legakan perut yang meragam dan cirit birit.

  4. AIR DETOKS LEMON
    Air lemon suam banyak digunakan untuk kaedah tradisional bagi melegakan ketidakhadaman, bantu hati detoks toksin, menstabilkan jus pencernaan dan kurangkan kembung usus.

    Lemon mengaktifkan sistem hati untuk melepaskan toksin dan membersihkan kerak yang terbina dalam usus.

    Bancuh separuh buah lemon dengan 500ml air suam. Minum dengan perut kosong.

  5. HALIA AJAIB
    Halia bantu pencernaan lebih pantas dengan mempercepatkan perjalanan makanan dari perut ke usus kecil.

    Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk bantu melegakan gangguan usus. Halia ni ada properti yang memberi ketenangan kepada lapisan usus, di sampaing menstabilkan jus gastrik. Dan ia sangat mujarab untuk mereka yang terlebih makan sewaktu musim perayaan.

    Kupas dan hiris 2 inci halia. Masukkan dalam 3 cawan air mendidih. Biarkan selama 5 minit. Tapis dan minum perlahan- lahan.

  6. BAKTERIA BAIK
    Makanan yang secara semulajadi tinggi probiotik boleh berikan enzim yang berguna untuk perut. Bakteria baik ini akan menambah asid laktik dalam perut dan ia akan bantu pertumbuhan flora baik dalam usus yang melawan bakteria jahat, sambil membantu penyerapan nutrien lebih baik.

     

    Pastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan probiotik seperti produk tenusu yang melalui proses fermentasi (contohnya yogurt, minuman susu berkultur, kefir) dan produk kacang soya yang melalui proses fermentasi (contohnya tempe, miso dan natto).

    Jadi, walaupun musim raya dan open house akan buatkan kita makan lebih banyak, jangan lupa amalkan 6 jenis remedi di atas untuk bantu perut kita lebih sihat sepanjang proses ini.

    Detoks Raya Challenge Fit& Cun DIBUKA. Penyertaan cuma RM20 SAHAJA. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 

berat-tak-turun-walau-berdiet

6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet

 

Saya pasti kita semua dah pernah melalui fasa ini. Berdiet tapi tak turun berat. Puas dah kira kalori, pergi bersenam, tak makan nasi tetapi berat masih maintain dekat tempat yang sama.

Atau, dah banyak turun berat, lepas tu dia taknak turun- turun dah. Padahal masih jaga pemakanan dengan betul, bersenam dan sebagainya.

Kenapa agaknya ya?

Anda mungkin feeling tengah berdiet, tapi sebenarnya ada

LIMA tabiat kecil ini yang menyebabkan Berat Tak Turun Walau Berdiet:

  1. Tak Cukup Minum Air

    Ramai orang agak lalai bab minum air. Ada yang rasa dia minum cukup, tapi sebenarnya tak sampai pun 2 Liter. Untuk turun berat, pengambilan air kosong sangat penting.

    Ada satu kajian menunjukkan mereka yang minum 1/2 liter air 30minit sebelum waktu makan, akan turun 44% lebih banyak daripada yang tidak minum dengan cukup.Minum air kosong juga dapat tingkatkan pembakaran kalori sebanyak 24-30% dalam masa satu setengah jam.

  2. Makan 3 kali sehari SAHAJA

    Mungkin anda rasa lagi kurang kekerapan makan, maka berat akan makin berkurang. Ini adalah anggapan yang salah!

    Ya memang anda perlu ambil kalori kurang dari yang sepatutnya, tetapi wajib dipecah- pecahkan kepada 5-6 kali hidangan.

    Kenapa? Sebab kekerapan makan dengan porsi yang kecil akan menggalakkan metabolism aktif, mengelakkan rasa lapar dan bantu kawal kadar gula dalam darah.Hasilnya : Anda akan makan kurang dari biasa.

  3. Tak Cukup Tidur

    Saya pernah alami berat statik kerana kurang tidur. Apabila saya perbetulkan tempoh masa tidur saya ke 7-8 jam sehari, baru saya mengalami perubahan yang ketara kepada kecergasan dan berat badan.

    Tidur yang cukup sebenarnya sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental, termasuklah berat badan.

    Mereka yang kurang tidur adalah sangat berisiko untuk mengalami obesiti. Orang dewasa dan kanak kanak yang tak cukup tidur ada 55% dan 89% lebih risiko untuk menjadi obese.

  4. Tak Makan Nasi, Tapi Makan Roti

    Satu mangkuk nasi adalah bersamaan dengan 200kalori. 2 keping roti juga bersamaan dengan 200kalori. Jadi logiknya anda akan perlukan lebih roti untuk berasa kenyang berbanding nasi, bukan?

    Tukarkan nasi dengan roti wholemeal 2 keping, maka anda akan mendapat manfaat fiber dan bijirin, berbanding roti putih yang tiada nutrisi langsung. Lebih banyak sumber bijirin tak terproses dalam roti adalah lebih baik.

    Indeks Glisemik juga pastikan rendah – supaya rasa kenyang dapat dipanjangkan.Apa pun, walau ia sihat, hadkan pengambilan roti kepada 2 keping sahaja sehari. Tak makan nasi tapi makan roti tanpa had akan lebih menggemukkan, baik anda makan sahaja nasi tu!!

  5. Tak Makan Cukup Protein

    Orang kita memang sangat berjimat bila makan protein. Selalunya kita akan makan seketul kecil ayam, atau separuh ekor ikan. Ia tidak mencukupi. Dilema bila makan protein binatang terlebih ialah bila ianya datang dengan lemak dan kolesterol. Lebih- lebih lagi bila cara penyediaannya bergoreng atau dalam lauk berlemak.Jangan hanya bergantung kepada ayam/ikan/daging sahaja. Kenalpasti protein lain dalam sumber tumbuhan.

    berat-tak-turun-walau-berdiet
    sumber : Pinterest

    Protein adalah penting bukan setakat untuk perbaiki otot dan tisu. Ada kajian pada tahun 2003 dalam Jurnal Nutrisi menyebut, dua kumpulan wanita yang overweight diberi makan kalori yang sama, tetapi satu kumpulan diberi 128gram protein sehari, manakala sekumpulan lagi diberi 68gram protein sehari. Kumpulan wanita pertama didapati hilang lebih banyak berat badan berbanding kumpulan kedua.

    Protein dapat menambah rasa kenyang setiap kali makan, dan ia bantu rasa kurang lapar, maka anda akan kurang makan sepanjang hari. Diet yang tinggi protein juga akan memperbaiki kadar gula dalam darah dan juga nisbah otot kepada lemak. Otot akan terpelihara maka lemak akan lebih cepat terbakar.

  6. Tak Faham Kalori vs Nutrisi

    Saya perasan, ini adalah masalah ramai antara kita bila nak menurunkan berat. Kadangkala berat bukan turun sebab jumlah kalori yang dimakan, tetapi JENIS kalori yang dimakan. Ini sebabnya berat tak turun walau berdiet.

    Carrie McMahon dalam bukunya “Why You Should Count Macronutrients, Not Calories juga pernah tersilap apabila terlalu mengira kalori dan hadkan makanan.

    Akibatnya, dia makan lebih banyak, dan rasa craving melampau, akhirnya menghentikan program dietTetapi akhirnya McMahon menyedari jika dia mahu sihat, dia harus ubah cara diet. Jadi dia ubah dari mengira kalori kepada mengira makronutrien.

    Makronutrien ialah protein, karbohidrat dan lemak – yang beri kalori dan tenaga kepada tubuh.Jika hanya untuk makan dengan kalori rendah, kita boleh saja makan macam- macam “makanan sampah” yang hampir tiada nilai nutrisi, seperti minuman 3in1 tanpa gula, bijirin rendah lemak, makanan fast food tanpa lemak.

———
Kadangkala anda perlu RESET pemakanan untuk turun berat dengan baik dan kekal. Sudahkah anda dapatkan Pelan Menu Detoks 7-hari yang telah membantu saya dan ramai mommies turunkan berat dengan berjaya?menu-detoks

tips-perut-buncit-untuk-ibu-ibu

“Perut Kempis Tercipta di Dapur”

Dalam hidup aku, ada dua jenis kawan.


kawan jenis satu .. bila ajak makan mesti menolak. jenis ni memang pesen tak pernah lapar. kalau dia makan pun dia beli roti- roti krim gardenia. ada yang inti vanilla,coklat, jagung tu .. settle.

kalau pagi pagi tu masuk ofis bancuh nescafe 3 in 1 dah kenyang.
bila aku offer nasi lemak kongsi- kongsi aku punya..memang dia tolak baik- baik.
“takmolah aku dah makan roti “..
(boring pun ada)
ada kalanya tu dalam IG ada gambar meter basikal gym dengan caption ” burnt 187kcal.. feeling good ” hashtag #azamkurus #prayformestruggle sangat doooo nak kurus.
berbeza dengan kawan jenis kedua.
kalau buka Instagram, hashtag #foodporn tu memang dia lah ratu.
makan dengan dia ni best.. suka adventure.Kalau lunch time kita suka serang gerai nasi campur warung kak shimah dekat simpang jalan pergi ofis.aku make sure kita sampai situ pukul 12.30 sebab taknak lauk habis.

pukul 1 bila orang lain datang kami dua dah settle makan.

kawan jenis dua ni suka makan tapi body menten aje. kadang tu menyampah jugak. alien ke?

mana pergi makanan dia tu? sampai kadangkala aku fikir dia ni mesti ada cacing berselirat dalam perut. jahat gila.

aku ada tanya ko pergi gym ke? dia cakap “gila ke, mana sempat.. kita balik pejabat pukul berapa?”

kawan jenis dua ni sengih je ..sambil berkata..

“sebenarnya perut kempis tercipta di dapur, bukan di gym. Bila kau makan baru kau kurus…”

fuh apa makna semua ini?

—-

Baru aku sedar kau jadi kurus bila kau makan (dan kau pilih apa kau makan. )

Gym bukan penyelesaian utama masalah ..so sila perhatikan apa yang masuk ke dalam perut!

—-

Aktiviti terbaru Fit & Cun : Sembang Facebook LIVE setiap Jumaat malam. Jika anda ada akaun Facebook, boleh lah request akses ke group Fit & Cun Mommies : https://www.facebook.com/groups/1083040855140000/

Topik minggu ini : “Makan 6 kali sehari Untuk Kurus?”

 

Kita jumpa setiap Jumaat OK???

xoxo

Cadangan Jadual dan Menu Kurus


πŸ•–7 pagi : telur dadar digoreng dengan minyak zaitun + sayur sayuran

βœ”οΈNote : pastikan makan secepat yang boleh lepas bangun pagi supaya metabolism badan terus cergas

πŸ•™10 pagi : serbuk protein blend dengan 1/4 cawan susu segar dan sebiji pisang dan sesudu oat

πŸ•1 tengahari : nasi 1/4 piring, sayur 1/2 piring dan ikan sebesar tapak tangan
πŸ•“4 petang : satu pek biskut oat (tanpa gula) dan sepotong buah tembikai πŸ‰

πŸ•–7 malam : nasi 1/4 piring, sayur 1/2 piring dan ikan/ayam sebesar tapak tangan.

Setiap kali makan – minum 2 cawan air kosong.🍡🍡

Nak banyak lagi tips macam ni? Join projek makeover 30-hari Fit & Cun so anda tak lagi berdiet dan gagal. Wajib kurus tahun 2017!