tips-shopping

6 Tips Beli Belah Untuk Turunkan Berat Badan

Pengurusan berat badan bermula dengan nutrisi dan pemakanan yang baik. Ia termasuklah membuat pemilihan yang tepat ketika membeli belah. Memasak makanan yang sihat agak mencabar jika bahan- bahan yang betul tidak ada di rumah.

Tetapi tak ramai yang boleh membuat keputusan yang tepat semasa membeli belah, kerana pilihan memang terlalu banyak di dalam pasaraya.

Susun atur di pasaraya memang direkabentuk untuk orang membeli belah dengan banyak, maka makan semua jenis makanan dengan lebih banyak. Dan ini selalunya menyebabkan kita sukar mengawal berat badan.

Sebenarnya tanpa pemahaman makanan/label yang baik, agak sukar nak membeli belah dengan bijak jika tujuan anda untuk menurunkan berat badan.

  1. Buat list beli belah

Menyediakan senarai belian adalah penting kerana biasanya tabiat kita akan tengok dan ambil barang sesuka hati tanpa panduan. Bila ada senarai yang tersedia, kita akan terus menuju ke barang yang dicari. Ini juga berkesan jika kita ada masa yang terhad untuk membeli belah.

  1. Letakkan bajet dan belanjakan 80% bajet pada makanan tidak berlabel

Section paling penting di sini ialah ayam, ikan, sayuran dan buah- buahan. Habiskan masa (dan duit) di sini berbanding di section biskut, coklat, kerepek dan snek.

  1. Belajar elakkan diri dari bahagian sejuk beku, tin dan snek

Dua bahagian ini dalam supermarket mungkin kita tak perlu masuk pun. Di bahagian sejuk beku terdapat banyak makanan segera dan terproses seperti nugget, hot dog, daging burger, aiskrim yang akan membantutkan proses detoks badan kita seterusnya menurunkan berat. Antara yang elok di bahagian sejuk beku ialah seperti sayuran beku, atau buah- buahan beku. Yang lain boleh skip! Bahagian makanan bertin pula ada sardin, buah-buahan manis, makanan dengan pengawet yang tinggi yang tidak baik untuk kesihatan. Bahagian snek pula terdapat biskut, kerepek, potato chips, coklat yang tinggi dengan perasa, gula dan lemak trans.

Always go for fresh food for weightloss!

  1. Beli secara online

Ada sesetengah orang bila mereka masuk ke pasaraya, mereka senang tergoda dengan  coklat, snek, donat, kek, aiskrim, dan ini akan menyebabkan mereka tersasar dari belian makanan yang membantu misi turunkan berat badan. Jadi beli online lebih selamat.

  1. Jangan membeli belah sewaktu lapar

Orang yang lapar akan sukar membuat keputusan untuk membeli secara sihat. Jadi jika perut sudah diisi, lebih mudah untuk kita membuat pertimbangan yang baik ketika mengisi troli belian.

  1. Jangan membeli makanan berlabel. Jika mahu, ketahui apa yang tertera pada label.

Makanan yang berlabel selalunya telah diproses / terkilang. Jika anda mahu beli yang berlabel ada beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan. Pastikan bahan- bahan pada label tidak melebihi 3 jenis, dan lihat kandungan gula, fiber dan karbohidrat. Kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi harus dielakkan sama sekali. Jika fibernya tinggi ia mungkin baik.

  1. Kitar semula senarai beli belah

Jika kita bertemu dengan keserasian dengan list beli belah yang dah digunakan bulan lepas, dan senarai shopping itu membuatkan pengendalian pemakanan dan diet anda bertambah baik, tak perlu buat senarai baru. Gunakan list yang lama dan ini akan hasilkan kitaran pemakanan yang sihat. Seperti saya, selalunya saya akan terus ambil pisang, tembikai, epal sebagai buah yang saya suka makan, tanpa perlu mencuba- cuba yang lain.

 

 

Tips Detoks Pada Musim Perayaan

Selamat Hari Raya!

Kalau tengok sepanjang minggu lepas punya pilihan makanan, memang pergh sangat. Ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, nasi impit, pulut, soto, lontong, u name it. Even untuk orang yang paling kuat keimanan pun mesti goyah beb. Almaklum lah dah sebulan berpuasa Ramadan. Takkan lah nak tengok saja kan?

By the way, hari ini mostly orang dah kembali bekerja. Ada yang tobat, nak berpuasa semula. Ada yang dah renew membership di gym. Korang macamana lak?

FAKTA

Sistem pencernaan kita ni paling penting untuk kehidupan yang sihat dan selesa. Fungsi pencernaan dilakukan bersama oleh beberapa organ untuk memecahkan makanan, menyerap dan proses nutrien dari makanan yang kita makan.

Sepanjang minggu raya lepas, sistem pencernaan kita ni bekerja sangat keras, disebabkan segala macam makanan yang menyelerakan, berminyak dan berkolesterol tinggi terpaksa diproses.

Kalau kita tak jaga sistem pencernaan, dan selalu alami ketidakhadaman, badan kita boleh jadi kurang ber zat dan toksin boleh bertambah- tambah dan ini mempercepatkan penuaan. Say no to makcik makcik too early ya?

Ada beberapa cara untuk menyihatkan semula fungsi pencernaan kita, dengan herba- herba dan makanan- makanan segar terpilih, mari kita tengok pilihan detoks..

  1. TEH HERBA
    Teh herba tanpa kafein boleh kurangkan rasa kembung dan tak selesa.

    Bancuh dedaun dan herba di bawah ni dengan air suam, untuk rasa kelegaan.

    • Peppermint – Sangat bagus untuk sistem pencernaan. Bantu buang angin dan legakan ketidakhadaman.
    • Bunga Chamomile – Ada fungsi anti-keradangan, yang beri efek penenang. Juga anti stress yang selalunya dikaitkan dengan masalah ketidakhadaman.
    • Serai – Legakan sistem pencernaan dan menyegarkan tubuh.
  2. MINUMAN HIJAU
    Jus hijau sangat penuh dengan nutrisi. Ia boleh buang toksin yang tersekat dan tersimpan dalam badan kita. Jus hijau macamni boleh bersihkan sistem pencernaan, bantu pergerakan sistem tubuh, buang angin di samping meninggalkan nutrient yang sangat tinggi dalam badan.

    Untuk permulaan boleh blend bersama sayur yang lembut pada usus macam timun, pegaga, dan tambahkan buah epal untuk pemanis semulajadi.

  3. ENZIM SEMULAJADI
    Nenas ada enzim pencerna bernama bromelain. Manakala betik pula ada enzim Papain.

    Enzim semulajadi ini bantu sistem pencernaan memecah dan menyerap nutrien dari makanan kita yang kita makan.

    Cuba minum jus dari buah- buah ni dan ia akan bantu lepaskan angin, legakan perut yang meragam dan cirit birit.

  4. AIR DETOKS LEMON
    Air lemon suam banyak digunakan untuk kaedah tradisional bagi melegakan ketidakhadaman, bantu hati detoks toksin, menstabilkan jus pencernaan dan kurangkan kembung usus.

    Lemon mengaktifkan sistem hati untuk melepaskan toksin dan membersihkan kerak yang terbina dalam usus.

    Bancuh separuh buah lemon dengan 500ml air suam. Minum dengan perut kosong.

  5. HALIA AJAIB
    Halia bantu pencernaan lebih pantas dengan mempercepatkan perjalanan makanan dari perut ke usus kecil.

    Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk bantu melegakan gangguan usus. Halia ni ada properti yang memberi ketenangan kepada lapisan usus, di sampaing menstabilkan jus gastrik. Dan ia sangat mujarab untuk mereka yang terlebih makan sewaktu musim perayaan.

    Kupas dan hiris 2 inci halia. Masukkan dalam 3 cawan air mendidih. Biarkan selama 5 minit. Tapis dan minum perlahan- lahan.

  6. BAKTERIA BAIK
    Makanan yang secara semulajadi tinggi probiotik boleh berikan enzim yang berguna untuk perut. Bakteria baik ini akan menambah asid laktik dalam perut dan ia akan bantu pertumbuhan flora baik dalam usus yang melawan bakteria jahat, sambil membantu penyerapan nutrien lebih baik.

     

    Pastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan probiotik seperti produk tenusu yang melalui proses fermentasi (contohnya yogurt, minuman susu berkultur, kefir) dan produk kacang soya yang melalui proses fermentasi (contohnya tempe, miso dan natto).

    Jadi, walaupun musim raya dan open house akan buatkan kita makan lebih banyak, jangan lupa amalkan 6 jenis remedi di atas untuk bantu perut kita lebih sihat sepanjang proses ini.

    Detoks Raya Challenge Fit& Cun DIBUKA. Penyertaan cuma RM20 SAHAJA. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 

tips-diet-tanpa-berlapar

5 Tips Diet Tanpa Berlapar

Masalah utama mereka yang nak berdiet adalah LAPAR. Lebih- lebih lagi masa awal- awal proses berdiet. Untuk turunkan berat badan, harus lah mula makan makanan berkalori rendah. Kalau tak biasa kurangkan kuantiti makanan, perubahan macamni akan membuatkan anda asyik terasa lapar. Tetapi bila tubuh dah biasa dengan pengambilan kalori rendah, masalah lapar ni dah semakin mudah diatasi. Belajar beberapa tips untuk mengendalikan selera, jadi mudah anda nak capai berat badan idaman.

  1.   Makan makanan Indeks Glisemik Rendah[spacer height=”20px”]Indeks Glisemik (GI) makanan akan menentukan berapa lama anda akan rasa kenyang. GI ni mewakili sepantas mana karbohidrat dalam makanan menaikkan kadar gula dalam darah. Indeks Glisemik yang tinggi akan menaikkan tahap gula dalam darah dengan pantas dan tinggi, manakala GI yang rendah akan menaikkan glukos secara beransur ansur, dan membantu kestabilan gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar yang amat sangat.[spacer height=”20px”]Kalau nak bantu tahan selera, pilih makanan yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dengan memilih karbohidrat yang rendah indeks glisemik nya. Contohnya seperti sayuran hijau, kekacang, kebanyakan buah- buahan dan roti/oats berbijirin tinggi.[spacer height=”20px”]
  2.   Fiber bantu kawal lapar[spacer height=”20px”]Fiber bantu kawal lapar melalui beberapa cara. Pertama, ia melambatkan proses penghadaman, dan penyerapan gula, jadi tahap gula dalam darah lebih stabil. Fiber selalunya kita rasa makan banyak tetapi kalorinya rendah.[spacer height=”20px”]Antara jenis fiber yang popular ialah beta-glucan. Banyak makanan berbijirin macam oat, barli mengandungi Beta Glucan, boleh memberikan rasa kenyang yang lama. Kajian mendapati Beta-Glucan menggalakkan sejenis hormon bernama cholecystokinin, yang mempengaruhi selera, dan memperlahankan proses pengosongan perut.[spacer height=”20px”]Sayuran mengandungi fiber yang berkalori rendah. Maksudnya, anda boleh mengambil sayuran dengan banyak tanpa risau terhadap kalori. Nikmati sayuran pada setiap hidangan, jadikan snek antara waktu makan. Pastikan tak ambil dengan terlalu banyak sos yang tinggi kalori.[spacer height=”20px”]
  3.  Lawan Kelaparan dengan PROTEIN[spacer height=”20px”]Makan protein dalam hidangan dan jadikan snek. Protein mengambil masa lebih panjang untuk dihadamkan, maka rasa kenyang tu akan berpanjangan. Asid amino dalam bantu kawal selera, dan bantu kalori terbakar jika pengambilan kalori defisit.[spacer height=”20px”]Tambahkan protein yang “lean” dan nutrisi tinggi dalam senarai beli belah anda. Antara protein yang bagus ialah telur, ayam(dada), yogurt greek, keju cottage, tuna dan lain lain ikan, tahu dan protein soya.[spacer height=”20px”]Ini adalah cara utama saya mengawal rasa lapar sehingga dapat mencapai berat idaman saya. Boleh baca kisah perjalanan saya di sini. Saya memilih supplement protein yang mampu dikira kalorinya (kalori rendah), tinggi fiber dan memberi rasa kenyang yang lama. Membolehkan saya mengawal kelaparan semasa makan nasi (tengahari dan malam).
  4.   Jangan Terlalu Rendahkan Kalori[spacer height=”20px”]Bagus kalau dapat mencapai berat badan ideal, sebab ia cara yang paling bijak nak memperbaiki tahap kesihatan. Amat perlu untuk kurang kan pengambilan perlu, tetapi amat penting untuk tidak mengambil kalori yang terlalu sedikit. Kalori yang rendah boleh menyebabkan anda terlalu lapar dan juga masalah kurang zat — dan akan menyebabkan masalah lain seperti Anemia (sel darah merah yang rendah dari normal).[spacer height=”20px”]Jumlah kalori yang diperlukan bergantung kepada faktor- faktor seperti berat badan, jantina, umur. Wanita tiak boleh mengambil kurang dari 1,200 kalori sehari manakala 1,800 untuk lelaki.[spacer height=”20px”]Banyak kalkulator online yang boleh digunakan untuk menentukan jumlah kalori yang diperlukan sehari. Pastikan anda tidak “membuang” terlalu banyak kalori dalam usaha nak mempercepatkan turun berat badan. Paling bagus cuma kurangkan antara 250-500 kalori sehari. Kalau anda rasa terlalu lapar bila kurangkan 500 kalori, adjust sikit. Berat mungkin turun perlahan tetapi pastikan anda tidak terlalu lapar dan lemah.[spacer height=”20px”]
  5. Tambahkan LEMAK dalam diet[spacer height=”20px”]Biasa kita dengar nasihat dan tips tips diet menyarankan untuk buang lemak sebanyak mungkin untuk turunkan berat badan. Sebenarnya, kadar lemak yang terlalu rendah tidak berkesan.Lemak bukan sahaja memberi rasa sedap kepada makanan tetapi ia penting kepada kesihatan dan membantu melambatkan proses penghadaman. Ia juga buat kita rasa sentiasa kenyang.[spacer height=”20px”]Ambil lemak pada kadar sederhana dan pilih lemak tidak tepu sahaja. Untuk memastikan kesihatan terpelihara, gunakan lemak sihat seperti minyak ikan (Omega-3), kekacang, minyak zaitun, minyak bijan, saflower, dan canola.

menu-detoks

7-Day Detox Challenge Dibuka

Punya ramai dah yang download detox meal plan, hampir 1,000 orang. Tetapi agak mengecewakan kerana tak ramai yang sanggup dan kuat semangat nak bermula. Almaklumlah menu nya agak berbeza daripada menu kebiasaan kita di gerai nasi campur ataupun yang dimasak oleh ibu di rumah.

Memang pun, masa saya buat detoks dulu pun, saya memang ada geng yang detoks bersama. Kongsi menu pilihan mereka, kasi boost semangat.

Untuk itu, minggu lepas, saya launch 7-Day Detox Challenge dan saya buka mengikut batch. Batch 1 dah pun bermula detoks minggu ini.

menu-detoks

Ada yang masih cuba- cuba tak berani nak mula, dan testing keimanan, pun dah boleh lost 700gram.

testimoni-detoks

Saya sedia guide anda untuk 2-minggu melalui whatsapp untuk bantu perubahan awal diri anda.

Saya tengok ramai yang tak berapa kisah akan sayur sayuran selama ini, terpaksa mencari sayur kegemaran baru mereka sebab selama ni “makan sayur cincai saja”..Now kena cari yang kena dengan selera dan tekak masing- masing. Haaa baru tahu kan. Actually saya pun sama..selama ni, sayur takde pun tak apa. Tetapi fikir beb, tanpa sayur, tiadalah fiber, dan antara penyebab penyakit mcm diabetes, kanser memang sebab tiada fiber dalam makanan.

So nak belajar makan sayur pun kena coaching haha..tapi sangat best sebab ada kawan- kawan yang melalui proses yang sama utk kasi galakan dan semangat.

Jika berminat, boleh download dulu menu detoks ini, dan tengok jika sesuai, kemudian hubungi saya di 012-2727995, untuk sertai batch seterusnya 7- Day Detox Challenge Fit&Cun. Setiap batch terhad kepada 20 orang sahaja.

Kenapa Wajah Lebih Tua Dari Umur Sebenar?

Bila ada kulit yang bermasalah mesti tension kan? Pernah tak rasa kecewa sangat bila rasa dah cukup jaga makan, kawal stress, guna pencuci yang mahal, tapi kulit ni suka hati dia je nak berupa macamana.

Ini sebab nya kulit kita ni adalah organ yang unik dan tersendiri. Perlu lebih kesabaran dan konsisten sahaja bila nak merawat atau memperbaikinya. Dah lah kulit kita ada banyak lapisan seperti epidermis, dermis dengan tisu luaran. Maka ia akan ambil masa sikit untuk pulih seterusnya bersih dan cantik.

Jadi kalau nak ambil produk luaran atau supplement pun haruslah bertabah antara 3 ke 6 bulan untuk nampak kesan yang sebenar.

Kulit boleh jadi penanda dan punca orang lain meneka umur kita. Kalau nak teka umur, orang akan tengok garisan yang timbul pada kulit wajah, di bucu mata, sekitar senyuman. Kalau kulit masih bouncy macam spring di usia 30-an dan 40-an mesti akan nampak muda dari usia sebenar. Tapi kalau baru 20-an dan 30-an pun dah nampak mcm makcik- makcik, mungkin anda harus lakukan sesuatu segera!

Tapi saya sarankan anda buat satu perkara asas untuk RESET tabiat yang sekian lama menyebabkan kulit anda bermasalah, mulakan DIET DETOKS. Boleh download diet Detoks 7-hari percuma di sini.

Banyak punca masalah kulit kita adalah dari pemakanan. Contoh nya makanan manis, produk tenusu, makanan berminyak, makanan terproses.

Jadi elemen detoks untuk kulit haruslah memandang 3 ciri utama di bawah:

  1. BUANG GULA DARI PEMAKANAN
    Gula lah yang mepercepatkan proses AGE (Advanced Glycation End Product) badan kita. Simple term yg saya boleh beri pasal AGE ni ialah proses pengaratan atau pereputan. Proses AGE ni lah yang menyebabkan kita tua sebelum usia, dan mendapat penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, sebelum waktunya. Untuk kulit, proses AGE ni dia akan rosakkan collagen/elastin dalam kulit dan menyebabkan lebih cepat garisan penuaan terhasil. So tak guna kalau ambil produk collagen yang mahal, tetapi masih mengamalkan makanan manis.
  2. PILIH PROTEIN DENGAN BIJAK
    Hormon yang terdapat dalam produk tenusu dan daging boleh menyebabkan kekacauan pada kulit. Kadangkala akan muncul cela, sebum berlebihan pada kulit wajah yang menyebabkan jerawat dan pori pori tersumbat. Saya sangat sarankan pilih protein dari sumber bukan hidup. Jika anda ada supplement protein kegemaran, pastikan anda mengambil yang plant based. Sumber soya seperti tempe dan tahu sangat bagus untuk kulit juga.
  3. MAKAN BERASASKAN ALKALI
    Bila kita sentiasa makan makanan terproses, makanan manis, manisan, air manis (yang berasid tinggi), tubuh juga menjadi kurang keseimbangan maka ia terpancar pada wajah. Banyakkan hidangan sayuran (5-6 kali sehari) dan buah- buahan. Buah seperti lemon mempunyai kealkalian yang tinggi, yang boleh beri lebih balance kepada tubuh berasid hasil diet yang tak sihat. Jika anda ada supplement berasaskan resveratrol yang kaya polifenol seperti Vivix dari Shaklee, sila amalkan dari sekarang. Kulit anda confirm mudah sangat nak jaga dan muda sentiasa.

Itu 3 elemen utama bila nak mula detoks untuk kulit lebih sihat dan muda. Jika anda dah biasa amalkan pemakanan sihat, kulit pun akan sentiasa follow untuk lebih tampak muda dari usia.