Resipi Salsa Ikan Tenggiri

Eat Clean merupakan elemen paling penting bila nak turunkan berat badan. Untuk menurunkan berat dengan sihat, tanpa berlapar, saya cadangkan anda apply kaedah eat clean. Saya dah cuba dan sangat best sebab makanan tu buat saya rasa lebih sedap badan.

Saya ada cerita dalam post ini mengenai apa itu Eat Clean sebenarnya.

Basically, anda makan macamni:

  • Makanan asli bukan yang terproses. Makan ayam bukan nugget, makan daging bukan hot dog.
  • Makan sayuran segar atau rebus atau stim atau grill, dan ambil separuh dari hidangan
  • Makan kesemua jenis makanan dalam piramid makanan
  • Makan sikit tetapi banyak kali

Nak tengok tak pinggan makan saya harini?

menu-diet menu-diet

Harini saya buat Salsa Ikan Tenggiri. Sebab dah bosan sangat rasanya makan ikan seketul. Cara buatnya pun mudah. Meh saya kongsi resipi.

Bahan- bahan:

2 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
5 biji cili padi hijau
2 biji limau kasturi
sedikit olive oil
sedikit garam
sedikit lada hitam

Cara- caranya:
1. Rebus ikan tenggiri
2. Pecah- pecahkan isi ikan menjadi cebisan
3. Racik bawang besar, cili merah dan cili padi, campurkan ke dalam cebisan ikan
4. Masukkan garam, lada hitam dan olive oil
5. Perahkan limau kasturi
6. Gaulkan sampai sebati

Rasanya amat sedap! Dan penghasilan cara yang clean dan tak membosankan.
Anda boleh cuba di rumah tau.

Nanti saya kongsi lagi resipi resipi diet yang boleh bantu turunkan berat dengan selamat dan sihat. Daaa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *