Punca Perut Buncit Macam Mengandung 4 Bulan

Selalunya lepas bersalin, badan kita akan ambil masa nak kembali ke asal. Jadi sepanjang masa berpantang tu kita memang nampak hamil. Except for a few aliens i know 😉

Tapi apa jadi bila kita sentiasa nampak seperti mengandung 4 bulan. Oh itu dah macam suami kita!

Saya pernah je alami insiden memalukan, bila orang tanya,

bila due date awak?

atau

tahniah, xxx nak dapat adik nampaknya.

Padahal hmmm kosong je pun. Sabar je lah.

Tapi secara serius, kita mungkin mengalami suatu fenomena yang dianggil Diastasis Recti. Perut ni nampak ke depan sebab bahagian abdomen/perut kiri dan kanan telah menjarak antara satu sama lain. So bila otot perut ni dah meregang, ada cuma lapisan tisu yang nipis yang boleh “pegang” uterus, dubur dan lantai pelvis.

perut-buncit-macam-mengandung
macam yang belah kanan tu

Sebenarnya ia sangat biasa sebab 2 dari 3 wanita mengandung akan mengalami Diastasis Recti.

Masalah ini bukan menyebabkan buncit sahaja tau.

66% daripada wanita yang mengalami Diastasis Recti juga mengalami masalah lantai pelvik yang lemah, dan menyebabkan:

  • Buang air besar tak lawas
  • Lemah daya kawalan kencing
  • Sakit belakang tanpa sebab
  • Sakit semasa bersama dengan suami.

Macamana nak tahu kita ada masalah Diastasis Recti?

Selalunya masalah ni akan tampak seperti anda mengandung beberapa bulan. Kemudian nampak macam buncit yang menggelebeh di bahagian tengah perut, lebih lebih lagi bila berdiri. Selalunya ia juga menyebabkan bahagian tengah badan tak berapa kuat dan stabil.

Macamana nak uji Diastasis Recti?

Baring di atas lantai yang rata dengan membengkokkan lutut. Tapak kaki di lantai. Letakkan tapak tangan betul2 di bahagian atas pusat. Angkat sikit kepala dan leher dari lantai dan tekan sikit tapak tangan pada perut. Jangan angkat bahu.

Kalau rasa ada jarak di antara kiri dan kanan perut dalam jarak 1-2 jari, itulah Diastasis.

Kalau pakai korset boleh baik tak?

Pakai korset  boleh jadikannya nampak elok buat sementara waktu. Tetapi selepas pemakai membuka korset, keadaan akan kembali ke asal.

Bagaimana nak pulih dari Diastasis Recti?

  • Fokus kepada postur yang baik
    Postur yang baik akan membantu menguatkan bahagian belakang dan otot teras. Postur yang elok juga bantu anda nampak lebih kurus tau.
  • Bila mula nak bersenam, ingatlah bahawa bukan senaman perut tu yang penting. Sebenarnya kehilangan keseluruhan berat badan dan juga lemak yang membantu perut kempis kembali ke asal.
  • Bila bersenam, uji dahulu jika ia membantu atau membuatkan keadaan jadi lebih teruk.
    Ini beberapa senaman teras yang anda boleh lakukan.
    senaman-perut-buncit
  • Masa bersenam, elok pakai belt, supaya semua berada di tempat yang betul. Kalau tiada belt, latih pernafasan dengan cara yang betul sewaktu bersenam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *