4 Sebab Anda Tak Kurus- Kurus Walaupun Menyusu

kurus-sambil-menyusu

Saya selalu fikir, saya la ibu yang malang tu.

Sana sini orang kata menyusu boleh cepat kurus, tapi kenapa baju saya semakin ketat, seluar jeans saya tak pernah boleh kancing? Saya menyusu penuh, mengepam, 2 tahun penuh..semua sekali. Satu kg pun susah nak turun.

Beyonce, penyanyi Holywood tu kata dia jadi cepat kurus dan seksi lepas bersalin sebab dia menyusu baby dia. Selama 10 minggu. *cries bucket*

Lisa Surihani. Saya macam bersyukur sebab ada rupanya orang yang tak boleh kurus balik lepas melahirkan. Dia pun mengaku dan redha dengan tubuhnya yang chubby chubby je, sebab Yusry pun OK je, yang penting anak dulu dapat khasiat susu ibu yang baik…Tapi lepas 2-3 bulan saya tengok, dia dah kembali cun dan langsing — eh apa jadi dengan redha semua haritu. #cheh

Sejak saya menemui kaedah Fit&Cun, saya temui 4 jenis masalah biasa yang dihadapi oleh ibu- ibu menyusu dan baru melahirkan dalam soal nak turunkan berat. Bila kita cuba untuk tackle masalah ini, mereka lebih berjaya nak kurus dengan sihat dan gembira.

Saya percaya waktu menyusu baby adalah waktu paling sesuai nak buang lemak lebihan yang dah berkumpul sekian lama. Kalau kena caranya, anda boleh turunkan berat menjadi ideal dan terus tukarkan habit tu sampai bila- bila.

Sekarang saya dah tahu sebab kenapa semasa dua anak pertama, saya menyusu tapi makin gemuk:

1.TAK MAKAN CUKUP KALORI & TAK CARI KESEIMBANGAN

Badan ibu menyusu dengan orang lain tak sama langsung. Jika dulu masa bujang kita kurangkan kalori je terus slim. Tapi lain cerita sewaktu menyusu baby.

Tubuh menyusu kita amat sukakan “lemak”. Kalau kita makan kalori terlalu rendah, badan kita akan serta merta “standby mode” dengan lemak sedia ada. Ia takkan bakar lemak tu, just in case ia perlukan.

Jadi kunci nak makan sewaktu breastfeeding ialah biar badan dalam keadaan tenang, relaks. Makan setiap 3 jam, jangan biar lebih 4 jam tanpa makanan. Kira kalori makanan betul- betul sebab anda tak mahu terkurang sangat atau terlebih. Jika ada satu regime menu yang anda dah selesa, stick kepada rejim tersebut.

Katakan anda perlukan 2,000 kcal sehari , pastikan anda tidak jatuh kurang 1,800 kcal.

Hmmm..tricky kan?

2. TERLALU STRICT DIET

Ini masalah yang meyebabkan ramai kecundang di tengah jalan. Siapa je yang boleh survive diet makan epal hijau, sayur hijau mentah dan ikan bakar di setiap hidangan?

Ibu menyusu adalah seorang yang beremosi bila bab makan. Saya pernah menangis bila anak- anak saya meragam dan saya sangat lapar, sedangkan makanan dah masak tinggal nak makan.

Saya juga pernah pesan 2 hidangan sekaligus semasa makan tengahari.

Jadi basic pemakanan diet ibu menyusu haruslah SEDAP, BERKHASIAT dan RENDAH KALORI. Tricknya ialah selepas anda selesai makan, anda tak perlukan snek2 seperti coklat, kerepek, aiskrim dan sebagainya.
Ni contoh menu yang saya cadangkan dalam Fit& Cun:

Pagi : Overnight oats dengan kismis dan susu segar, kopi O
Snek 10am : Roti bijirin penuh sekeping – sapu butter low fat
Makan Tengahari : Nasi segenggam, daging bakar air asam, separuh pinggan sayur bayam celur
Snek 4pm : Protein 2 sudu + pisang + susu + oats +ais  = smoothie
Malam : Nasi segenggam + kerabu mangga + timun + tomato + ayam panggang 1/4

Amacam? sedap tak? yang penting kena tahu kalori, takleh lebih takleh kurang sangat, dan TINGGI NILAI NUTRISI di setiap hidangan. Makan nugget? Hot dog? sos, kuah terlebih? itu PANGKAH.

Jangan letak dalam minda yang makanan itu makanan ini semua jahat. Cari keseimbangan antara makanan yang sebenar dan kenikmatan hidup. Anda takkan teringin nak cheating selalu.

3. SANGKA KENA BERSENAM BERJAM-JAM

Sangkaan begini yang akan buat anda takkan bersenam FOREVER. Semua orang tahu seorang ibu dengan baby kecil mana ada masa lapang. Nak mandi pun tak sempat, inikan pula nak suruh bersenam. Sebab ramai guru fitness kata kena bersenam satu jam sekurang- kurangnya 5 kali seminggu. Mana nak cilok masa dik, nak dapat 10 minit tanpa tangisan anak pun dah kira bersyukur, betul tak?

Cuba ibu yang bekerja pejabat 9-5, ada baby dan ada anak- anak lain yang lebih tua. SORRY memang tak ada masa. Lebih baik saya teruskan je menjadi tembam dan tak sihat. tett..

Untuk klien fit&cun, saya berikan senaman 20 minit MAKSIMUM, tetapi ia adalah INTENSE. Sebab saya juga tak boleh lebih dari 20 minit. Saya pastikan 20minit sahaja tapi berkesan macam mereka berlari kickboxing selama sejam. Penting untuk ibu- ibu ni kembali mendapat bentuk badan anak dara kembali, itu sebab workout yang disediakan fokus ke arah tersebut.

Lepas tu mindset bersenam pun, jangan lah sebab nak cepat- cepat kurus. Memang ada yang lose seinci terus dekat pinggang, tapi kita paham tak semua menikmati kesan yang sama.

Nikmati side effect bersenam pada minggu pertama seperti tenaga tambahan, hormon endorfin yang terhasil buat kita gembira dan rasa sangat puas hati. Timbangan akan follow je lepas tu..

4. Mindset yang fokus nak kurus SAHAJA

Mindset lah cabaran utama dalam program nak kurangkan berat untuk ibu menyusu. Sebab kita extra lapar, kurang masa, kadangkala kurang sokongan keluarga, sangat sibuk dan selalu stress.Yang utama sekali haruslah sayangi diri sendiri, kita lakukan semua ini bukan semata mata untuk kurus sahaja. Kita juga menghasilkan susu yang sangat penting untuk si manja.

Kita juga tak mahulah penyakit kronik singgah di kala anak masih kecil..macam darah tinggi, kencing manis..jadi lakukan semua ini untuk perkara yang lebih besar dari sekadar jadi kurus.

Adakalanya kita akan ke laut..terhenti program senaman, terbabas jaga makan. Tapi jika kita pasakkan mindset yang betul, InshaAllah kita takkan kembali kepada tabiat lama yang membuatkan kita gemuk, kurang tenaga dan stress.

Perbetulkan mindset dulu, the rest will follow…

Jika anda berminat untuk mengetahui apa yang program Fit&Cun 30 hari tawarkan boleh klik link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *