2 Cara Utama Mengetahui Jika Anda Terlebih Berat Badan

berat-badan-idealAnda tahu tak cara paling mudah nak kira berat badan paling ideal untuk anda. Katakan anda mempunyai ketinggian 150cm, berat badan ideal memang tak sama dengan sesiapa yang mempunyai ketinggian 160cm.

Jadi bagaimana nak mengukur, berat badan paling ideal untuk anda?

Cara pertama ialah dengan mengira Body Mass Index atau BMI.

Ini formulanya

BMI = Berat (dalam kg)
             Ketinggian (dalam m) x Ketinggian (dalam m)

Cuba guna kalkulator di bawah:

BMI anda ialah

Powered by BMI Calculator

 

Jikalau BMI anda:

Kurang dari 17.0 (Anda terlalu kurus)
17.0 – 18.5 (Kurus)
18.5 – 25.0 (Berat Ideal)
25.0-27.0 (Terlebih berat)
27 ke atas (Obese)

Buat pemeriksaan jika berat anda sudah ideal menggunakan formula di atas.

Cara kedua untuk mengetahui berat anda ideal atau tidak ialah dengan mengambil ukur lilit pinggang.

Seorang yang terlebih berat badan pasti akan ada lemak yang terkumpul di bahagian perut.

Cara- cara mengambil ukuran pinggang :

  1. Cari tulang pinggul paling atas, dan tulang rusuk paling bawah
  2. Bernafas secara normal
  3. Letakkan tape pengukur di antara dua bahagian tersebut
  4. Ambil ukuran

Anda berisiko kesihatan jikalau:

Lelaki : Lebih dari 94cm ukurlilit (37 inci)

Perempuan : Lebih dari 80cm ukurlilit (31.5 inci)

Jadi, gunakan kedua- dua formula di atas untuk mengetahui tahap berat badan anda, samada ia normal atau perlu diperbaiki. Ingat, BMI dan ukurlilit pinggang adalah indikator tahap kesihatan anda juga.

Kami di Fit&Cun nak ucapkan selamat mengira!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *