Menu
Aishah Amin
  • Home
  • About Me
  • Blog
  • Contact Me
Aishah Amin

Gejala atau tanda tanda tahap kolesterol tinggi

Posted on March 16, 2016October 7, 2016 by admin

Anda selalu Sakit Kepala?

Itu mungkin salah satu tanda anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Anda harus berhati hati kerana selalunya ramai yang lalai dan tidak menyedari kadar kolesterol nya yang merbahaya hanya bila keadaan sudah menjadi parah.

Gejala yang mungkin menandakan kadar kolesterol sudah merbahaya:

Stroke atau angin ahmar
Salah satu penyebab stroke adalah kerana tingginya kadar kolesterol dalam darah. KOlesterol boleh terkumpul sedikit demi sedikit pada pembuluh darah sehingga ia menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah dan oksigen ke otak akan terputus, maka strok terjadi. Otak yang tidak menerima oksigen dalam sesuatu tempoh akan mati secara perlahan lahan.

Serangan jantung
Boleh membawa maut serta merta. Walaupun begitu ia terjadi secara perlahan lahan dengan pembentukan plak. Pada suatu masa apabila plak terlalu banyak dan menyekat pengaliran oksigen ke jantung, akan berlaku serangan jantung.

Kolesterol jahat atau LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan strok atau pun serangan jantung. LDL yang tidak normal ialah melebihi 130mg/dl manakala kolesterol tinggi adalah bacaan 200mg.dl atau lebih.

Bagaimana nak ketahui kadar kolesterol anda sudah tinggi?

  1. Rasa sakit di tengkuk, rahang mulut, atas perut atau belakang, ini kerana bekalan darah dan oksigen tersekat kerana plak plak yang terhasil dalam pembuluh darah.
  2. Selalu sakit kepala, kerana peningkatan tahap kolesterol menyebabkan arteriosklerosis ( pembuluh darah menjadi keras). Aliran darah yang mengalir ke otak akan terganggu.
  3. Cepat mengantuk, kerana kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan kadangkala menyumbat  pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke otak terganggu sehingga menyebabkan cepat mengantuk. Jika anda sering merasa lemah, letih dan lesu, mungkin anda patut berjumpa doktor untuk memeriksa kadar kolesterol anda.
  4. Mudah penat, orang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi sistem tubuhnya terganggu sehingga menyebabkan mudah penat. Adakah anda sering bangun tidur dan masih terasa letih sepanjang hari? Jika anda berusia 30 tahun ke atas dan sering mengalami gejala ini segera periksa kadar kesihatan anda dengan terperinci.
  5. Kekejangan, ini terjadi kerana aliran darah tidak lancar.

 Nutrisi yang baik untuk mencegah kolesterol

Selain pemeriksaan kesihatan berkala, elok juga jika diamalkan pemakanan yang membasmi kolesterol.

1. Asid lemak Omega-3
Biasanya terdapat dalam minyak ikan. Berfungsi untuk menggalakkan HDL (Kolesterol baik). HDL sangat penting untuk mengelakkan arteriosklerosis yang selalu menyebabkan strok.

2. Sterol  & stenol tumbuhan
Berupaya mencegah plak dari melekat di arteri pembuluh darah dan mengakibatkan kolesterol. Banyakkan mengambil sterol tumbuhan untuk bebas kolesterol.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Google+

Recent Posts

  • The Big 4-0, Scary much?
  • French, anyone?!
  • Kesihatan Mental : 5 Sebab Diet Rendah Karbohidrat Sangat Berkesan
  • 5 tips mudah untuk Healthy Low Carb Grocery Shopping
  • Macamana saya stay bawah 20g karbohidrat seharian

Recent Comments

  • Uji Rosli on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • iz on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • scryde.ru on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam

ENTRI

January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct    

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers

Archives

  • October 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
©2021 Aishah Amin | Powered by WordPress & Superb Themes