Bagaimana Elak Berat Badan Bertambah Pada Bulan Puasa

Elak-Berat-Badan-Bertambah-Pada-Bulan-Puasa

Berpuasa boleh menyebabkan berat badan meningkat untuk sesetengah orang. Jika anda salah seorang yang biasanya akan terjebak naik berat berbanding turun berat, anda harus makan seadanya antara waktu buka puasa dan sahur. Dan juga kurangkan jumlah makanan untuk mengurangkan jumlah kalori yang diambil.

Sebab- sebab berat badan meningkat pada Bulan Puasa:

  1. Makan tak berhenti- henti selepas berbuka sehingga waktu sahur. Selalunya akan rasa “kembung” kerana terlalu kenyang.
  2. Tiada aktiviti atau kepenatan selepas berbuka.
  3. Makan terlalu banyak dari biasa
  4. Makan makanan berminyak, tinggi kalori dan tinggi gula seperti kuih muih, manisan, kuih bergoreng dan sebagainya, lebih lebih lagi di waktu malam.
  5. Menghadiri majlis buka puasa atau buffet Ramadan yang menyebabkan terlebih makan.

Jadi bagaimana caranya nak memperbaiki tabiat nutrisi dan mengawal berat badan?

  1. Berbuka dengan makanan yang ringan sahaja, atau kawal saiz hidangan
  2. Mengunyah dengan perlahan, untuk elak masalah penghadaman
  3. Makan sup dan salad dahulu, ini adalah makan kalori rendah yang boleh beri rasa kenyang yang cepat
  4. Minum sekurang- kurangnya 8 gelas air antara waktu berbuka dan sahur
  5. Makan buah buahan atau jus perahan sendiri (tanpa gula), elakkan minuman jus dalam botol/kotak yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  6. Pilih produk tenusu lemak rendah dan daging yang pejal tanpa lemak
  7. Gantikan kuih muih manis dengan salad buah- buahan
  8. Berjalan selama setengah jam ke sejam setiap hari untuk bakar kalori berlebihan

Cara Memasak Juga Menentukan Berat Badan yang Sihat!

Sepanjang bulan Ramadan, elakkan menggunakan minyak untuk menggoreng. Pemilihan makanan berminyak bukan sahaja akan menambah berat badan, tetapi menimbulkan ketidakselesaan kepada perut yang sedang berdetoks semasa berpuasa. Sebaliknya banyakkan membakar, grill, mengkukus dan stim.

Tetapi jangan jadikan cara memasak begini sebagai penyebab makanan anda tak berasa. Ada banyak cara memberikan rasa yang hebat kepada hidangan, seperti dengan menambah rempah ratus, ikan bilis, udang kering, serbuk cili, cili padi, limau kasturi, dan sebagainya.

Pastikan bulan puasa lebih indah & ceria apabila kita memilih makanan yang baik. Pemilihan makanan banyak akan menentukan tahap kecergasan sepanjang bulan ibadah ini, dan juga menentukan bagaimana rupa anda setibanya Aidilfitri kelak!


Dah dapatkan Menu Detoks Ramadan percuma? Boleh Klik di sini untuk download dan kami hantar terus ke inbox Email anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *