Menu
Aishah Amin
  • Home
  • About Me
  • Blog
  • Contact Me
Aishah Amin

“Eat Clean” tu apa?

Posted on May 6, 2016October 7, 2016 by admin
Macam gini

“Eat Clean” tu adalah amalan diet yang menolak makanan terproses dan refined. Diet ini menggalakkan makanan sebenar. Makanan asli.

Tanpa kita sedari, banyak unsur makanan kita seharian datang dari sumber yang dipermudahkan dan terproses, contohnya gula putih, nasi putih, roti putih, makanan dalam tin.
Amalan “eat clean” sangat fleksibel sebab boleh strukturkan sendiri cara pemakanan untuk dapatkan lebih nutrisi dalam kadar kalori rendah, boleh elakkan penyakit kronik bercambah, buang toksin, kurangkan berat badan, atau cuma nak rasa segar dan sihat sentiasa, pun boleh.

 5 panduan asas pemakanan “Eat Clean”

1. Makan makanan sebenar/asli. 
Makanan asli ini tak melalui makmal atau kilang. Dari ladang terus ke pinggan anda, haha. Contohnya : buah- buahan, sayur sayuran, kekacang, daging, ikan, telur, produk tenusu.

2. Elakkan Makanan Terproses
Makanan terproses adalah apa sahaja makanan yang mempunyai label. Bila ada label, ia bermaksud ada lebih dari satu jenis bahan digunakan untuk menghasilkan produk itu. Anda boleh pilih makanan terproses contohnya beras perang sebab takkan nak terus makan selepas padi dituai ye tak. Tapi cuba baca label pada makanan itu, kalau ada bahan yang anda tak boleh sebut, jangan masukkan makanan tu dalam troli!

3. Elakkan gula putih
Gula putih tak beri apa apa manfaat kecuali kalori. Gantikan dengan madu atau pemanis stevia (dalam kuantiti yang sedikit). Tapi pengalaman saya, lepas saya makan buah buahan, gula putih memang tak ada tempat dalam diet saya.

4. Makan 5-6 hidangan kecil sehari
Makan cara begini akan mengelakkan anda tak boleh kawal nafsu bila lapar. Saya kalau makan 3 kali sahaja, memang akan terbabas snacking etc. Tetapi cara saya mengawal kelaparan adalah dengan smoothie protein dan buah. MashaAllah sedap dan InshaAllah tak terbabas makan kerepek ubi, kerepek pisang, biskut dan sebagainya haha!

OH BTW, protein tu saya jual, saya boleh tunjukkan bagaimana nak kasi kenyang dan tak terbabas makan burger, kek, nasi goreng dan sebagainya. email saya k aishah.amin@gmail.com

5. Masak sendiri 
Heee nak masak sendiri memang lah susah kan? Nak tau tak pengalaman saya bertukar cara makan dari eat dirty ke eat clean. Kalau dulu, dapur saya akan terpercik banyak minyak, banyak kena kopek bawang etc. Tetapi sejak eat clean, saya cuma guna kuali non stick, perap perap sikit bahan dan masak. Siap!! Sayur pula, jerang air, campak2..5-minit pun dah boleh makan OK.

Tu dia 5 panduan asas eat clean. tak lama lagi saya akan hasilkan E-Book Detoks Ramadhan, khusus untuk mereka yang mahu berpuasa sambil detoks diet, tetapi masih mahu bertenaga dan sihat, dan yang penting KURUS. Kalau berminat email saya di aishah.amin@gmail.com supaya senang saya emailkan saja nanti.

1 thought on ““Eat Clean” tu apa?”

  1. Pingback: Resipi Salsa Ikan Tenggiri – Fit & Cun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Google+

Recent Posts

  • The Big 4-0, Scary much?
  • French, anyone?!
  • Kesihatan Mental : 5 Sebab Diet Rendah Karbohidrat Sangat Berkesan
  • 5 tips mudah untuk Healthy Low Carb Grocery Shopping
  • Macamana saya stay bawah 20g karbohidrat seharian

Recent Comments

  • Uji Rosli on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • iz on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
  • scryde.ru on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
  • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam

ENTRI

January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct    

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers

Archives

  • October 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • December 2018
  • June 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
©2021 Aishah Amin | Powered by WordPress & Superb Themes