Diet Tinggi Lemak Untuk Buang Lemak?

Wow mengejutkan?

Tidak, inilah yang saya pelajari semasa Seminar Makanan Sebagai Penawar tempoh hari. Seminar ini memang sangat menarik minat saya sejak dari awal saya melihat poster yang ditularkan di ruangan whatsapp dan media sosial. Saya terus daftarkan diri bersama rakan- rakan yang juga berminat memperbaiki kesihatan diri dan keluarga melalui pemakanan yang baik.

Nak tahu tak, dulu saya ingat diabetes & obesiti adalah penyakit keturunan. Rupanya penyakitnya ialah diet dan gaya hidup yang diturunkan dan bukannya penyakit tersebut. Dr Bruce Daggy (Seorang saintis perubatan) pernah berkata dalam seminar yang saya hadiri

“it makes me sad when I hear people say that they will get diabetes/obesity because everyone in his family has it.trust me ..health can be built. work on it. you dont have to inherit your family diseases “

Oh macam tu ye?

So sebelum nak kawal sangat makan atau kawal sangat gula sampai tak menikmati kehidupan, eloklah faham dahulu bagaimana nak makan untuk sihat (elak obesiti dan diabetes).

Seminar ni mencadangkan diet cara Low Carbohydrates & Healthy Fats.

Saya rasa saya faham la bab Low Carbohydrates ni kan kaedah orang tak makan nasi, roti, mi, pasta semua. Tapi healthy fats tu yang mana? Sebab makanan kita ni semua rasanya lemak tak elok, berminyak, kolesterol bersantan all.

So low carb definasi dia kat sini adalah ambil sumber carb hanya dari sayuran sahaja. Antara sayuran tinggi carbs adalah bayam, lobak dan mushroom. Dengan meninggalkan sumber karbohidrat proses, dapat menormalkan gula dalam darah, maka menormalkan tahap insulin dan tubuh akan gunakan lemak untuk tenaga.

High Healthy Fat diperlukan

YB Dr Azman Ismail, MP Kuala Kedah seorang pengamal perubatan yang telah membuat kajian tentang lemak sihat bertahun- tahun lamanya. Dia juga pernah membentangkan isu ini di parlimen untuk cadangan memperbaiki pola makanan rakyat Malaysia.

ini piramid makanan yang kita belajar di sekolah. Sorry its not relevant anymore!

 

Kalau anda tanya sesiapa pun, antara kumpulan makanan mana yang harus dielakkan, mesti mereka jawab lemak. Walaupun kita tahu memang betul kebanyakan lemak sangat merbahaya kepada kesihatan (dan berat badan). Ada lemak yang sangat penting untuk diambil dari sumber makanan untuk mengelakkan ancaman penyakit kronik macam diabetes, jantung dan hati.

Antara nya asid lemak Omega-3 yang ditemui dalam rumpai laut, walnut, kuning telur, chia seed, sayuran hijau, ikan salmon dan daging lembu (yg makan rumput). Susah nak dapat lemak ni, dan pastikan ratio lemak ini 4 kepada 1 omega-6

Asid lemak Omega-6 juga sangat penting untuk kesihatan kulit, terdapat dalam jagung, minyak sayuran. Akan tetapi terlalu banyak Omega-6 akan menggalak keradangan yang merupakan elemen kanser.

The best cooking oil sebenarnya ada di negara sendiri ๐Ÿ™‚

Kajian mendapati bila kita gunakan minyak sayuran, dan kurang pengambilan Omega-3, ratio tak seimbang akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Bila Omega-3 terlalu rendah maka akan mula penyakit jantung, mata. Terlebih Omega 6 akan menyebabkan depresi, dan mudah mendapat diabetes.

Lemak tepu adalah yang paling saya takuti sejak saya lahir, sebab saya dibagitahu, lemak ini lah yg akan tepu juga jadi lemak dalam badan, menyebabkan peningkatan kolesterol. Rupanya selama ini saya salah. Lemak inilah paling stabil untuk diambil .

Ada banyak kajian di Kepulauan Pasifik yang 30-60% pengambilan kalorinya dari minyak kelapa yang kaya lemak tepu. Menunjukkan tiada langsung masalah kardiovaskular, tiada masalah jerawat, dan tahap insulin sangat rendah.

So agak tricky bab pemilihan minyak ni, sebab minyak sayuran apabila sejuk ia sangat healthy tapi apabila dipanaskan terus jadi merbahaya. Ini termasuk minyak zaitun, macadamia.

Pengambilan Omega-6 harus dari makanan bukan dari minyak. Dan minyak jagung, sunflower, soya, bijan kesemuanya menambah ratio omega-6 dan melumpuhkan kesan Omega-3 bila tidak seimbang.

Lemak tepu sangat sihat dan ia stabil dengan pemanasan dan boleh ulang pakai (seperti minyak kelapa). Saturated fat dari binatang seperti daging, susu, butter dan keju sangat sihat tetapi harus dari sumber “grass-fed”.

Minyak sawit adalah stabil juga dengan pemanasan, maka elok untuk gorengan (cuma pakai sekali sahaja).

Akhirnya harus diingat, pengambilan high fat hanya sesuai dengan low carb, gabungan high fat dan high carb masih amat merbahaya dan tinggi dedahan kepada penyakit kronik.

Ini “piramid makanan” terbaru yang boleh membantu kita kekal sihat dan bebas penyakit kronik

Asid Lemak Omega-3 paling penting untuk kesihatan jantung, kesihatan mental, anti keradangan, kesihatan mata, dan ia hanya boleh diambil dari sumber makanan.

Saya selalu terfikir, mana kita nak dapat sumber Omega-3 yang murah sebab dekat negara ni walnut, chia seed, ikan salmon kesemuanya mahal- mahal belaka. Untuk mendapat kandungan Asid Lemak Omega-3 yg diperlukan badan, anda boleh cuba supplement Omega Guard dengan kos tak sampai RM5 sehari.

Harga cuma RM137 sebotol (tahan sebulan). Hubungi Aishah http://wasap.my/60122727995 untuk tempahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *