Kesihatan Mental : 5 Sebab Diet Rendah Karbohidrat Sangat Berkesan

kesihatan mental

10 Oktober setiap tahun merupakan “Hari Kesihatan Mental Sedunia”, dan saya nak dedikasi kan post ini kepada satu- satu nya masalah kesihatan yang semakin meluas, tetapi tak semestinya zahir pada pandangan mata kasar. Anda mungkin nampak sihat tapi merupakan penderita dalam diam. You are not alone..

Semakin ramai menyedari diet rendah karbohidrat adalah sangat efektif untuk penderita diabetes dan obesiti, tetapi adakah strategi yang sama membantu untuk masalah berkaitan mental?

Saya ada terbaca satu penulisan pakar psikiatri yang menyatakan bahawa diet rendah karbohidrat sangat selamat dan banyak kes yang menunjukkan perubahan positif.

Bagi mereka yang tidak mampu nak mengambil ubat ubatan psikiatri, dengan mengubah diet, ia mampu beri sedikit bantuan. Memang untuk yang kronik, perubahan diet memang tak boleh menggantikan rawatan, tetapi kadangkala kesihatan keseluruhan sahaja dah boleh membantu proses rawatan dan buatkan pesakit rasa lebih sihat dan in control.

5 sebab di bawah mungkin membantu jika anda ingin mencuba diet rendah karbohidrat:

1. Ia bantu kawal gula dalam darah

Lagi tinggi paras gula dalam darah, semakin tinggi juga gula yang digunakan otak. Gula yang tinggi dalam otak adalah toksik, termasuk fenomena AGE yang berlaku (Advance Glycation End-Products), yang mempercepatkan proses otak menumpul dan penuaan.

2. Kurangkan Keradangan / Inflammation

Diet tinggi gula dan karbohidrat akan meggalakkan proses keradangan yang tak perlu. Neuron otak akan menjadi “panas” apabila signal SOS dihidupkan bila diet tinggi gula. Kebanyakan masalah psikiatri berkait rapat dengan keradangan dalam tubuh.

3. Stabilkan hormon stress dan selera

Karbohidrat mudah (nasi, roti, mi), gula, tepung, jus buah akan menyebabkan stress dalaman dan beri kesan pada hormon. Setiap kali insulin naik tinggi lepas makan, ia akan jatuh dengan cepat ke bawah, dan hormon stress akan dirembeskan termasuk adrenaline. Selalunya hormon ni akan dirembeskan 4-5 jam selepas makanan tinggi gula/karbohidrat, dan menyebabkan kelaparan melampau, menggigil, sukar fokus, rasa nak marah, dan perpeluhan. Dan rasa nak makan lagi.

Diet rendah karbohidrat boleh bantu uruskan rasa terlalu lapar dan terlalu kenyang, akibat dari gula yang naik turun dengan cepat, maka ia stabilkan hormon juga.

4. Bantu Naikkan BDNF

Brain Derived Neurotrophic Factor (BDNF) ini sangat penting untuk menentukan bagaimana otak menerima, mengawal dan menguruskan stress. Diet tinggi gula dan karbohidrat mudah akan menurunkan prestasi BDNF. Paras yang tinggi untuk BDNF adalah indikator penting kesihatan individu, sebab stress memang sebahagian besar dari kehidupan. Diet rendah karbohidrat is awesome untuk memastikan BDNF sentiasa di paras tinggi.

5. Menyeimbangkan Neurotransmitter

Laluan kynurenine membantu regulasi aktiviti hormon otak macam dopamine, serotonin, melatonin, yang bantu emosi, kitaran tidur, rehat yang seimbang. Di atas saya sebutkan pasal keradangan. diet tinggi gula akan menyebabkan keradangan yang akan beri signal amaran kepada otak dan mencuri trytophan yang membantu proses seimbangkan dopamine, serotonin dam melatonin, dan menyebabkan glutamate mencanak. Diet rendah karbohidrat, dan tambahan nutrient yang menyuburkan trytophan (tinggi sayuran, Omega-3, protein), boleh bantu keseimbangan neurotransmitter otak.

Memang kita tak pernah terfikir bahawa ada kaitan antara pemakanan dengan kesihatan otak. Kurangkan gula, karbohidrat mudah, dan makan makanan bernutrisi padu boleh bantu kuatkan otak, kurangkan simptom depresi/kebimbangan, dan beri kesihatan secara menyeluruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *