Saya cuba Diet Ketogenik & Intermittent Fasting selama 180 hari, dan ini yang terjadi..

Sejak tahun 2017, saya mula membaca mengenai Diet Rendah Karbohidrat & Tinggi Lemak. Asalnya saya menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh sekumpulan doktor pengamal LCHF yang mengaplikasikan diet ini kepada pesakit- pesakit e.g. diabetes, masalah mental.

Walaupun saya tak amalkan, sejak itu saya cuba mengeksplorasi kebaikannya, kerana yang saya pelajari semasa seminar tu memang amat mind blowing. Bagaimana apply Low Carb High Fat diet dan bagaimana ia dapat mencegah / memperbaiki kondisi penyakit metabolik.

To tell you the truth, I gained back my 10kg sejak saya detoks 2016. Dan badan saya mula mengalami perubahan yang tidak sihat. Kulit saya kusam berjerawat, badan lesu dan selalu penat, despite saya menjaga fitness dan amalkan “clean diet”. Saya dah cukup kawal pemakanan, dari segi menjaga kalori, jenis karbohidrat saya ambil yang kompleks dan makan buah2 an dan sayuran. Tetapi ada sesuatu yang saya rasa tak betul…

Pada Ogos 2018, saya bertekad memulakan diet Low Carb High Fat, walaupun gentar sebab dengarnya ia sangat susah nak diikut, dan ia amat tidak sustainable. Dan ada juga yang takut- takutkan saya ia diet yang mahal, diet org urban dan sebagainya…

I was so desperate sebab I need to change, if not pada umur 40-an saya akan mendapat penyakit- penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan.

First 30 days

1- Pengambilan 20g Karbohidrat Sehari SANGAT SUSAH

Ini pada mulanya. Saya cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dengan berpuasa 16jam sehari, kemudian saya makan lauk pauk sahaja. Sebelum saya sedari lauk yang dijual digerai pun dimasak ada gula. Gula adalah penyumbang karbohidrat yang tinggi!..Saya mula masak dan bawa dari rumah.

Saya mula gantikan nasi dengan cauliflower rice. Mula2 saya tak tahan langsung bau dia. Saya tak boleh makan setiap hari, jadi saya cuba ratah lauk.

Mi, pasta, bihun, nasi, roti — semuanya adalah karbohidrat yang dilarang dalam diet ini. Tak kiralah ia putih atau perang, semuanya menyumbang carbs yang tinggi.

Buah tempatan juga ada gula semulajadi iaitu fruktos yang menyumbang karbohidrat yang tinggi. So saya elakkan. Memang sangat suka buah tapi saya nak try diet ni kerana saya fahami konsep mengurus insulin. So buah juga spiking insulin, so saya elak dulu.

Saya amalkan sayuran sebagai sumber karbohidrat. Saya ambil banyak, sebab naturally saya mau pinggan yang penuh bila dah tak ada nasi. Mula- mula tak puas, sebab biasanya sayur ni dimakan seciput je..siapa lah nak hidang sayur banyak- banyak ganti nasi.

2. BERTUKAR KULIT

Selepas 14 hari, saya perasan, kulit saya mengalami perubahan mendadak. Jerawat GONE completely. Kulit tumit merekah pun GONE.

Ni saya paling pelik. Kenapa all these years saya battling dengan masalah kulit, tiada siapa yang bagitahu ia masalah terlebih Karbohidrat dan terkurang lemak baik??

Kenapa mudah sahaja nak settle?

And yup sehingga harini pada hari ke 180, kulit saya semakin lembut dan tiada breakouts!

3. MASIH MENGIDAM TEH TARIK

Ni masalah utama saya sebelum memulakan LCHF, saya mesti nak rasa teh tarik lalu kat tekak setiap hari at least sekali.

Walau dah 3 bulan, saya masih mengidam. Setiap kali saya #ketooff saya minum teh tarik, dan rasa “hmmm..manisnya..” Sebab tastebud makin berubah..tapi masih mengidam.

Selepas 180 hari, excitement minum teh tarik semakin berkurangan, walau masih kegemaran. Sebab walau kurang manis, ia masih menyengat dan tak dapat yang sedap dah..

4. BERKENALAN DENGAN ALTERNATIF & JADI LEBIH KREATIF

Secara naturalnya, manusia ni bila tak dapat satu benda, dia akan explorasi benda lain dan akhirnya bertemu perkara yang dia suka gak (eh mcm bercinta gak). Macam sekarang nasi cauliflower dah jadi kegembiraan saya, roti pun saya dah belajar buat yang low carb. Nak teh tarik boleh je buat tanpa gula dan susu pekat. Nak kek, ada je caranya. Tepung- tepung yang digunakan pun berbeza,

Setakat ini saya dah tahu cara nak makan nasi lemak tanpa nasi, mi kari tanpa mi, makan roti bakar mentega kaya rendah karbohidrat, cheese cake, tosai, nan cheese, scones, bagels, semua saya bikin sendiri! Dan yang penting mereka ni rendah karbohidrat. (Efek dia lain bila rendah karbs)

And Cafe Latte ..sekarang dah jadi BulletProof Coffee

5. LEBIH BERTENAGA DAN FOKUS, (walau bukan setiap hari)

Ini efek bila saya dah masuk fasa ketosis. Ketosis ialah proses tubuh no longer membakar gula untuk tenaga, tapi ia membakar lemak. Bila kita dah berhenti makan gula dan carbs (yg also bertukar jadi gula dalam badan) untuk satu tempoh masa, badan akan cari sumber tenaga lain, dan masa tu baru dia jumpa lemak. Tu sebab LCHF diet memang boleh kurus. cepat.

Tapi kalau badan belum biasa hasilkan ketones (dari lemak), ia akan perlukan 4-5 minggu untuk adaptasi, sampai betul2 masuk ketosis dan alami mental clarity dan tenaga yang banyak.

So pada 30 hari pertama, saya sangat lemah, lapar, takde tenaga, blur sotong, period pun haywire..sebab badan minta feed gula ..nak gula. Selepas 30 hari…fuh masa tu rasa macam muda remaja kembali..sebab badan dah full ketosis.

6. TIADA LAGI KEMARUK GULA SELEPAS 180 HARI

Yup selepas 6 bulan. Masa saya baru 30-60-90 hari, saya masih terliur tengok kuih muih, cucur udang, seri muka, bubur kacang, kek. Sekarang saya boleh kata I AM OVER SUGAR ADDICTION..lama kan?

Maksudnya ia tidak mustahil. Cuma perlu lebih usaha dan fokus.

If you would like to start or know more about the LCHF Diet, boleh hubungi saya http://wasap.my/60122727995

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *