Jamie Azma, Journey from 61kg to 46kg

By: Jamie Azma

Mengimbau perjalanan eat clean daku tahun lepas. Dah start konsisten exercise sejak Jan 2016 tapi belum lagi sedar utk eat clean masa tu. Bila measure mula2 dah kategori overweight dahh iaitu 61kg..daku ni comel jer 153cm jer.. so kalau berat tu dah terlebeyy sudah. Lelemak di perut mmg amat ketara..kalau pakai seluar sure ada lemak tersembul di pinggang tu..lagi plak peha dah berlaga2 bila berjalan. Rupa2 nya body fat daku dah 35% dah.. oh my god tinggi tu.

Start 2/1/2016 aku dah mulakan langkah komited dgn exercise di gym 3-4 kali seminggu. Jan – March aku nampak penurunan saiz yang amat sedikit dlm beberapa area tubuh badanku tapi berat tak byk beza..turun 1 kg pastu naik balik! Aku gagal pada percubaan pertama!

Fit & Cun journey kurekodkan dalam excel spreadsheet macamni

Ish tak boleh jadi ni..aku berazam utk eat clean diet bermula 5/4/2016. Daku mmg strict eat clean dgn 5-6 kali sehari dan selama 39 hari..iaitu pada 13/5/2016 aku dpt turun 7 kg..perghh happy sgt sbb tak pernah ada penurunan berat banyak cam ni.

Wahhh rupanya eat clean dan exercise barulah kombinasi yg tepat & sgt berhasil! Ku teruskan utk capai target weight daku 50 kg sampai hari terakhir puasa iaitu pada 6/7/2016.

Drpd overweight skrg sudah capai ideal weight! Perubahan saiz pun nampak sgt ketara. Setiap bulan ada perubahan positif yg ketara. Tapi body fat ku kena turunkan lagi baru 30%. Ku aim sampai 23% at least.

nampak berbeza kan hehe..

Nak capai 50 kg tu mencabar sbb pastu ada hari raya plak menjelang turun naik lahh beratku sbb dah tak strict eat clean cam 3 bulan pertama tempoh hari tapi skrg ku dah pandai control portion makananku walau dah ada cheat day skrg.. mentang2 dah capai ideal weight.

Tapi aku tak stop sampai sini.. ku teruskan healthy lifestyle dgn konsisten exercise dan jaga portion pemakananku. Mmg lama beratku stay pada 50-51kg.

Jgn risau korang akan ada satu masa berat korang stay lama pada sesuatu berat tu.. itu maknanya body korang dah imun dgn exercise dan pemakanan. Cuba ubah pemakanan dan cara exercise korang. Daku start detox dan cara GM diet plak.. exercise plak cuba segala mcm bentuk exercise..

oh yer daku start masuk running event! Drpd 5km dan boleh berani 10km sbb fitness level meningkat sejak konsisten hari tu.. berhasil turunkan body fat dan berat ku dpt cecah angka 49 kg setelah sekian lama berat 50-51 kg. Ku capai 49kg pada 12/11/2016 dan body fat masa tu dah 27%. Oh seronok plak dpt cecah 4 angka tu.. tak pernah terfikir leh capai umur2 begini.

Apa ku buat… teruss jalan terus.. daku dah jadikan amalan sihat ni sampai sekarang.. bila ku jalan terus..berat turun tanpa effort dah sbb daku dah up aktiviti fizikal dan terus control portion mkn utk eat clean daku. Masa bulan March 2017 ku perasan berat turun 48kg sampai 46kg tanpa berusaha sgt sbb body dah capai fasa never regain & burn more calories. Body fat pun makin berkurangan sampai capai 23% dah skrg.. level fitness utk wanita seusia ku! Yes! Target tercapai. Skrg daku tgh membimbing rakan2 yg berstatus ibu utk berjaya dlm healthy lifestyle mereka.

Now berat ku stay 46kg dgn body fat 19-20%. Alhamdulillah…syukur pada Allah yg berikan semangat yg kuat dan Istiqamah sampai hari ini.


DO and DON’T

👉🏻Cari BIG WHY ? Kenapa nak berubah , setiap kali rasa nak berputus asa , fikir balik BIG WHY!

👉🏻Set small goal , contoh 3kg Dalam masa sebulan
👉🏻Beginner , boleh buat kalori count guna application MyFitnessPal

👉🏻Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori , better you eat than you drink your kalori)

👉🏻Stop makan makanan berat before 8pm, boleh amik snack or light food kalau lapar.

👉🏻Senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Setiap sesi senaman 1 jam cukup
👉🏻Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.

👉🏻Big NO to junks food , process food and fast food and aneka sos .

👉🏻Kurangkan makanan berminyak, berkuah santan terutamanya

👉🏻Jgn takut dengan penimbang, timbang pada waktu pagi setelah mandi dan membuang air besar & kecil…untuk monitor berat dan focus on your goal. Daku buat measurement setiap minggu ke dua di gym utk dapatkan progress setiap bulan.


Contoh meal plan

🔷Pagi 
Telur rebus 2 biji + 2 roti wholemeal bersama salad

🔷Snack
Green apple

🔷Lunch
Nasi berang perang/basmathi senggengam atau kurang , lauk ayam/salmon/daging grill dan ulam-ulaman/salad

🔷Snack
Kekacang contohnya Almond 10bji

🔷Dinner ( before 8pm) sup sayur bersama ayam @ ceaser salad bersama grilled chicken @ Cinch Shakes

🔷Supper 
Red apple

 


Shah Alam Residents!

Kami ingin membuka peluang kepada ibu2 yg ingin memulakan langkah ke arah amalan sihat dengan mengikuti ‘Fit&Fab Mom Group Workout’ kami setiap Isnin,Rabu & Jumaat malam untuk bersenam di kalangan ibu2 yang mempunyai matlamat yang sama. Kami juga memberi khidmat nasihat dari segi pemakanan eat clean secara online dan offline yang mana kami ada sukses stories di antara kami yang berjaya daripada overweight kepada ideal weight.

Terhad kepada 15 orang sahaja..siapa cepat dia dapat results. Sore today strong tomorrow 💪👍👍

Daripada:
Coach Aida: Trainer exercise terlatih
Jamie: Eat clean success journey (offline & online guidance).

Lemak Visceral Turun Dari 12 ke 4 (dalam 2 minggu)

Nur Sumiyah adalah antara peserta Fit & Cun yang berpuas hati. Jom kita tengok testimonial nya.

Hasil 2 minggu selepas buat health check, Fit & Cun Detox Program & eat clean.

Sebelum (06.05.2017):
Berat – 57.9kg
Body Fat % – 39.1
Visceral Fat – 12

Kalau ikutkan BMI, berat tu dah nak menghampiri Obese. And ofcourse secara logiknya kandungan lemak berkepul-kepul banyak dalam body. Dan antara tempat yang dia berkumpul adalah dikawasan organ, which is kita panggil Visceral Fat – yang mana level paling optimum adalah 1-9.

👉 mine was really baaaad 😢

So, selepas pula (21.05.2016):
Berat – 56.6kg
Body Fat % – 32.6
Visceral Fat – 4.5

Well, berat memang turun siket je 😢 Tapi, untuk permulaan ni fokus utama adalah lemak jahat dalam badan. Alhamdulillah Fat % dapat turun dengan ketara, dan ofcourse perkara yang menggembirakan adalah Visceral Fat 4.5.

👉 syukurrrr 😁

Kejap lagi nak puasa. Pelung yang bagus untuk perbaiki kesihatan. Sebab, puasa adalah cara Detoks secara semulajadi.

Perut anda dah ready? Hee 😁

**********
UPDATED
**********

Macam mana nak turunkan nombor-nombor tak baik ni dalam masa 2 minggu?

Ok, kat sini ada tipsnya.

1. Reset minda
– Seminggu sebelum saya decide nak ubah diri ni, saya selalu nasihatkan diri yang Obese ni bukan perkara baik. Lebih banyak kesan buruk dari baiknya terutama kesan dalaman yg kita tak nampak. Jadi, set kan minda kita untuk hidup lebih sihat & gembira.

2. Kumpulan sokongan
– Sekarang ni macam-macam program kesihatan yang dianjurkan baik dari kerajaan, sektor swasta ataupun NGO. Saya pilih kumpulan sokongan yang paling mudah – iaitu menyertai Program Fit & Cun dibawah kelolaan Aishah Amin Program selama 30hari, kami diberikan coaching tentang detoks, pemilihan makanan utk eat clean, senaman dan info2 kesihatan. Ada group support ni la yg buat kita bersemangat & konsisten 💪

3. Potong gula
– Gula baik untuk tenaga. Tapi gula yang berlebihan yg tidak digunakan akan mendorong anda untuk lapar cepat dan membina lemak. Tu yang asyik nak makan saja tu. Lebih baik ambil gula dari bahan semulajadi seperti kurma, madu, tebu & buah-buahan.

4. Elakkan processed/junk food
– Ini memang tak baik. Terlalu banyak bahan pewarna, flavor yg membina toksin dalam badan. Please detoks ok.

5. Disiplin
– Sebenarnya, kalau nak turun berat badan, perkara paling utama adalah makan banyak kali tetapi disiplin. Makan pula mestilah yg berkhasiat. Jangan biarkan perut lapar berbunyi2. Sebab bila perut lapar/kosong kebarangkalian untuk makan lebih dari perlu memang tinggi. Jadi, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Saranan Waktu makan:
– 8 pagi sarapan
– 10 pagi snek
– 1 petang lunch
– 4 petang snek
– 7 malam dinner

Ok, semoga bermanfaat & cubalah ya!

menu-detoks

7-Day Detox Challenge Dibuka

Punya ramai dah yang download detox meal plan, hampir 1,000 orang. Tetapi agak mengecewakan kerana tak ramai yang sanggup dan kuat semangat nak bermula. Almaklumlah menu nya agak berbeza daripada menu kebiasaan kita di gerai nasi campur ataupun yang dimasak oleh ibu di rumah.

Memang pun, masa saya buat detoks dulu pun, saya memang ada geng yang detoks bersama. Kongsi menu pilihan mereka, kasi boost semangat.

Untuk itu, minggu lepas, saya launch 7-Day Detox Challenge dan saya buka mengikut batch. Batch 1 dah pun bermula detoks minggu ini.

menu-detoks

Ada yang masih cuba- cuba tak berani nak mula, dan testing keimanan, pun dah boleh lost 700gram.

testimoni-detoks

Saya sedia guide anda untuk 2-minggu melalui whatsapp untuk bantu perubahan awal diri anda.

Saya tengok ramai yang tak berapa kisah akan sayur sayuran selama ini, terpaksa mencari sayur kegemaran baru mereka sebab selama ni “makan sayur cincai saja”..Now kena cari yang kena dengan selera dan tekak masing- masing. Haaa baru tahu kan. Actually saya pun sama..selama ni, sayur takde pun tak apa. Tetapi fikir beb, tanpa sayur, tiadalah fiber, dan antara penyebab penyakit mcm diabetes, kanser memang sebab tiada fiber dalam makanan.

So nak belajar makan sayur pun kena coaching haha..tapi sangat best sebab ada kawan- kawan yang melalui proses yang sama utk kasi galakan dan semangat.

Jika berminat, boleh download dulu menu detoks ini, dan tengok jika sesuai, kemudian hubungi saya di 012-2727995, untuk sertai batch seterusnya 7- Day Detox Challenge Fit&Cun. Setiap batch terhad kepada 20 orang sahaja.

Hilang 3KG selepas seminggu Fit&Cun

testimoni-kurus
Dr. Suhana

Harini saya nak kongsi kisah seorang ibu muda beranak dua. Beliau bertugas sebagai seorang doktor perubatan dan kerjaya nya membuatkan beliau sangat sibuk. Adakalanya terpaksa on call lebih 24 jam.

Kerjayanya yang sibuk menyebabkan dirinya susah hendak makan dengan betul serta bersenam. Badan mula terasa berat dan asyik letih. Bila makan dan tidur tak menentu, badan mudah nak naik. Sampai sukar nak kawal.

Dr. Suhana ambil keputusan yang perkara ini tak patut berlarutan dan terus menyertai program Fit&Cun.

Selepas 2 minggu saya bertemu beliau dan menyedari perubahan yang sangat menyerlah.

Kulit nya cerah glowing dan kemerah merahan. Tak sangka pula kesannya secepat itu.

Jadi saya tanya dia bagaimana program Fit&Cun bantu beliau lebih slim dan cergas.

” Saya tak sangka sangat Program Fit&Cun sangat mudah di follow, cuma ikut sahaja pelan yang diberikan tak perlu susah susah nak rancang apa yang perlu dilakukan. Almaklum saya memang takde masa nk fikir nak prepare apa, makan apa pukul berapa.. so saya suka sangat!

Selain hilang 3kg setakat ini, badan saya terasa makin ringan dan stamina makin bertambah.. so saya rasa puas hati lah..

Saya juga dah berjaya menamatkan acara larian 5km so saya berazam untuk lebih aktif untuk menjaga kesihatan.

Program Fit & Cun bantu saya mulakan program kecergasan dan kesihatan diri selama 30-hari dengan tips tips yang sangat mudah nak ikut. Tak perlu fikir banyak- banyak. Follow je apa yang telah disediakan dari segi pelan menu, fitness dan sebagainya.

Lepas habis program ni kita teruskan je, sebab dah biasa.”

Thank you Doc for your feedback 🙂

Total 8KG Lost!

Alhamdulillah..

Saya secara tak sengaja bermula detoks pada 16 April 2016. Tak sengaja sebab saya tak berfikir panjang sangat, terus saja bermula.
Dan hari ini 10 Jun 2016, sejumlah 8KG saya dah berjaya buang.

Dari 65KG dan sekarang 57KG

Sebelum ini..

– Saya rasa mustahil nak turun walau 1KG pun, kerana saya menyusu
– Saya berpendapat ibu menyusu memang tidak boleh kawal pemakanan kerana selera yang tinggi
– Saya ingat dengan menurunkan berat badan, susu akan terjejas dan kesian kat baby
– Saya ingat saya tak boleh buang gula dari kehidupan
– Saya ingat saya harus berlapar untuk kurus
– Saya ingat kalau saya turun berat badan, ia akan kembali semula ke asal
– Saya ingat saya takkan kurus tanpa bersenam
– Saya ingat saya akan overweight selama lamanya
– Saya ingat hanya dengan berpuasa saya akan kurus

Semua tu alasan belaka rupanya uhukkk..

Sebenarnya, sepanjang 2 bulan ini, tubuh saya semakin segar dan sihat kerana saya memilih apa yang saya makan.

Dan paling penting saya jaga jumlah dan jenis makanan yang masuk. Dan saya sekali kali tak benarkan diri berlapar.

Mengikut nisbah seperti berikut:

  • Sayuran adalah perkara paling banyak saya makan (3 bahagian)
  • Kemudian protein (2 bahagian)
  • Kemudian buah buahan Dan serat (2 bahagian)
  • Kemudian (kalau masih perlu) baru ada karbohidrat (2 bahagian)

Hujung minggu biasanya saya makan seperti biasa, dan menjaga jumlah karbohidrat yang masuk (nasi) dan gula. Sayuran saya akan ambil tambahan di rumah. Selalunya salad. Saya takkan biarkan sehari tanpa sayuran.

Dan paling utama, saya pastikan tak lapar. Kerana memang selera ibu menyusu agak ganas. Kalau saya lapar sebelum waktu makan, besar kemungkinan fikiran akan menjadi kurang waras nak memilih makan. Dan selalunya saya akan makan nasi banyak. dan bertambah.

Saya pastikan 2 jam sebelum makan tengahari/malam, saya dah minum protein saya yang enak tu. Bila macamtu selalunya saya memang boleh tahan godaan meja makan.

Dah dapatkan Menu Detoks yang saya kompilasi PERCUMA untuk Ramadan?

Kalau belum boleh download di sini