Roti Keto Almond

Dah 2 kali saya buat, so far resipi paling senang nak buat (sebab tak payah asingkan kuning telur & putih telur) 😆

So kalau teringin nak makan roti tapi nak yang low carb, wheat free, gluten free, yeast free dan sugar free, boleh cuba ni

Resepi Bahan-bahan:
2 cawan almond flour
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh xanthan gum
1/2 sudu teh garam Himalaya
7 biji telur (Gred B)
1/2 cawan butter (cairkan)
2 sudu besar extra virgin coconut oil
1 sudu jus lemon dan parutan lemon
Atau 1 sudu vanilla

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius.
2. Pukul telur selama 2 minit. Masukkan butter, coconut oil dan teruskan memukul bahan.
3. Masukkan almond flour, baking powder, xanthan gum, & garam Himalaya.
4. Masukkan dalam acuan roti beralaskan kertas minyak disapu sedikit butter.
5. Bakar selama 45 minit.

Ramai yang bertanya di mana nak dapatkan almond flour dan xanthan gum. Bahan-bahan ini boleh didapati di kedai menjual bahan kek. Saya beli kat Lazada / Shoppee je..

Almond bread ini boleh dimakan dengan peanut butter, low carb kaya (nanti share resepi), cheese, kari, sambal tumis dsbnya. Favorite saya lepas toast panas dan garing tu ialah dengan cream cheese jenama Arla (Herbs & Spice) sedap gila uols..tengok gambar

Roti ni sedap dimakan garing, bersama cheese spread

Untuk tahan lama, roti ini mesti disejukkan di room temperature dahulu. Bagi saya, setelah sejuk, selalunya saya potong 2 slice masuk plastic ziplock dan bekukan. Nak makan nanti, panaskan dalam oven atau toaster atau atas kuali leper.

Selamat mencuba! 😋