About Me

Hai!

Nama saya Aishah, dari Selangor.

Saya merupakan seorang ibu dengan 3 orang anak yang masih kecil. Rutin harian saya sangat sibuk kerana selain menguruskan anak (2 orang di bawah 3 tahun), saya juga mempunyai bisnes sendiri yang saya jalankan dari rumah. Ya, saya berhenti kerja sejak 3 tahun lalu untuk fokus kepada keluarga dan bisnes.

Salah satu azam saya sebelum berhenti kerja adalah untuk mempunyai rutin kesihatan dan menjaga tubuh badan dengan lebih baik. Sangka saya selepas berhenti kerja saya ada masa untuk semua itu.

Oh how was I so wrong.

Saya menjadi seorang yang dua kali ganda sibuk, dan stress. Tidak terfikir langsung hendak menjaga pemakanan atau pun memulakan program kecergasan.

Akibatnya saya bertambah selesa dengan berat yang meningkat naik.

Saya mula belajar urus masa dengan baik, dan selitkan apa sahaja masa yang ada untuk kesihatan. Saya juga bersyukur kerana kami sekeluarga sudah jarang makan di luar, kerana saya sentiasa berada di rumah untuk memasak.

Selepas penat melakukan kerja rumah dan melayan anak- anak, saya akan hadiahkan diri sendiri dengan dessert dan secawan besar teh tarik.

Wake up CALL

Selepas selesai tempoh berpantang anak ketiga, saya merasakan badan saya semakin berat, dan debab. Selera saya juga sukar dikawal. Keinginan kepada makanan makanan manis, dessert dan nasi membuak buak. Saya salahkan penyusuan musabab semua ini.

Saya mula rasa panas punggung dengan keadaan berat badan saya dan seorang rakan memperkenalkan menu detoks dan beberapa supplement kepada saya. Saya fikir mungkin saya harus detoks habit ini.

Saya mula detoks seminggu diikuti dengan tabiat pemakanan eat clean. Saya cuba berhenti dari mengambil makanan manis sepanjang tempoh ini.

Saya dapat turunkan 8KG dalam tempoh 3 bulan sahaja. Tanpa senaman berat.

Saya juga menyedari proses detoks telah menukar cara saya makan.

Makanan manis telah menjadi sangat tak sedap dalam mulut saya. Begitu juga dengan makanan berminyak- minyak.

Berat saya juga tidak lagi mudah naik seperti program2 diet yang saya cuba sebelum ini.

Setelah 8KG hilang, saya mahu BMI ideal, dan badan yang fit, kulit yang cun

Setelah 4 bulan berpuasa dan berhari raya, saya bermula kembali, detoks + eat clean bersama program kecergasan di rumah.

Saya juga kompilasikan segala menu-menu detoks, pelan pemakanan eat clean dan workout saya dan memformulakan program Fit & Cun.

Azam saya adalah untuk membantu wanita wanita yang sibuk dengan kerjaya+keluarga, yang senasib dengan saya untuk mendapat manfaat dari apa yang saya kongsikan.Dengan formula Fit & Cun, saya berupaya mengurus berat badan dan kesihatan saya dengan lebih mudah dan selamat.

Tak perlu belanja duit dan masa yang banyak pun. Cuma perlukan first step dan KEAZAMAN YANG TINGGI sahaja, untuk mengubah kesihatan diri.

Anda boleh hubungi saya di sini, kalau ada apa apa persoalan yang ingin diajukan.

 

xx

aishah-amin