Menu
Aishah Amin
  • Home
  • About Me
  • Blog
  • Contact Me
Aishah Amin

8 Jenis Senaman Yang Membentuk Tubuh

Posted on October 19, 2016 by admin

Saya selalu ingat kalau bersenam tu setakat berlari, nanti badan kita kurus dan cantik. Bila dah buat senaman harian baru saya tahu ada senaman spesifik yang bermanfaat untuk bahagian bahagian tubuh yang tertentu.

Kat sini saya nak kongsi beberapa jenis senaman yang sangat efektif untuk membentuk badan kita supaya lebih cantik (bukan sekadar kurus).

  1. Jumping Jack
    Gerakan ini akan buatkan lengan jadi bertambah cantik, dan lower abs jadi kempis sikit dalam dua minggu. Sangat bagus untuk kesihatan jantung. Dalam 4 minggu, punggung, pinggul dan peha akan jadi lebih toned. Kalau teruskan dalam 6 minggu, badan kita akan jadi lebih kecik secara keseluruhan (bila kita jaga pemakanan  betul- betul). Buat 4 hari seminggu!
  2. Squat dan Shoulder Press
    Yang ini khusus untuk punggung, peha dan lengan sekaligus.
    Buka sikit kaki, dan cangkung. Mata pandang ke depan, jangan bongkok, berhenti sikit, kemudian berdiri dan angkat dumb bell (dalam 1.5kg setiap satu)
    Buat 8-12 ulangan sehari.
  3. Crossover Lunges
    Yang ni pulak untuk perut, punggung dan hamstring
    Silangkan kaki dan bengok ke tepi dan piuh kan perut ke arah bertentangan. Lepas tu ulang pada bahagian sebelah lagi. Kalau boleh lagi dekat dengan lantai lagi bagus. Ulang 8-12 kali sehari.
  4. Plank Jacks
    Yang ni dibuat dalam kedudukan seakan merangkak. Kaki dibuka dan tutup macam jumping jack, cuma ia dibuat dalam kedudukan plank. Fuh memang berpeluh. Senaman ni sangat efektif untuk lengan, abs, punggung dan kaki. Buat 8-12 ulangan sehari.
  5. Bicep Curl
    Pegang dumb bell sambil berdiri tegak dan bengkokkan siku, angkat dumb bell ke arah bahu. Yang ini akan bentuk lengan, bahu dan belakang. Buat 8-12 ulangan sehari.
  6. Bicycle Crunch
    Yang ni sangat bagus untuk tone abs, punggung dan peha. Buat selama 1 minit secara perlahan lahan. Jangan jatuh kan badan. Baring dan angkat kaki 90 darjah, kemudian angkat leher ke arah lutut bertentangan secara berselang seli.
  7. Plank Twist
    Dalam kedudukan plank, bengkokkan kaki ke arah tangan yang bertentangan. Pastikan pinggang terasa dipusing setiap pergerakan. Sangat sesuai membentu abs, lengan dan bahu.

Kalau perhatikan utk total body workout ada beberapa jenis yang utama, dan ia boleh dicampur adukkan untuk menjadi circuit training. Contoh :
a. Cardio Workout (buat selama 2 minit tanpa henti)
Kemudian campur adukkan beberapa senaman di bawah.

b. Squat – mencangkung

c. Lunges, bengkok kan kaki ke depan dan belakang

d. Plank – macam push ups, dan semua senaman dalam kedudukan itu ..semuanya berkesan

e. Abs – dalam keadaan berbaring, selalunya pelbagai senaman crunches

Selamat Mencuba!!

  • fitness
  • senaman
  • senaman mudah
  • senaman untuk kurus
  • Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Social

    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • Google+

    Recent Posts

    • The Big 4-0, Scary much?
    • French, anyone?!
    • Kesihatan Mental : 5 Sebab Diet Rendah Karbohidrat Sangat Berkesan
    • 5 tips mudah untuk Healthy Low Carb Grocery Shopping
    • Macamana saya stay bawah 20g karbohidrat seharian

    Recent Comments

    • Uji Rosli on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
    • iz on 6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet
    • scryde.ru on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
    • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam
    • admin on 6 Tips Untuk Mommies Yang Malas Bersenam

    ENTRI

    April 2021
    M T W T F S S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
    « Oct    

    Subscribe to Blog via Email

    Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 7 other subscribers

    Archives

    • October 2020
    • October 2019
    • August 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • December 2018
    • June 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • December 2017
    • August 2017
    • July 2017
    • May 2017
    • April 2017
    • March 2017
    • February 2017
    • January 2017
    • December 2016
    • November 2016
    • October 2016
    • September 2016
    • June 2016
    • May 2016
    • April 2016
    • March 2016
    • February 2016

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    ©2021 Aishah Amin | Powered by WordPress & Superb Themes