6 Tips Beli Belah Untuk Turunkan Berat Badan

Pengurusan berat badan bermula dengan nutrisi dan pemakanan yang baik. Ia termasuklah membuat pemilihan yang tepat ketika membeli belah. Memasak makanan yang sihat agak mencabar jika bahan- bahan yang betul tidak ada di rumah.

Tetapi tak ramai yang boleh membuat keputusan yang tepat semasa membeli belah, kerana pilihan memang terlalu banyak di dalam pasaraya.

Susun atur di pasaraya memang direkabentuk untuk orang membeli belah dengan banyak, maka makan semua jenis makanan dengan lebih banyak. Dan ini selalunya menyebabkan kita sukar mengawal berat badan.

Sebenarnya tanpa pemahaman makanan/label yang baik, agak sukar nak membeli belah dengan bijak jika tujuan anda untuk menurunkan berat badan.

  1. Buat list beli belah

Menyediakan senarai belian adalah penting kerana biasanya tabiat kita akan tengok dan ambil barang sesuka hati tanpa panduan. Bila ada senarai yang tersedia, kita akan terus menuju ke barang yang dicari. Ini juga berkesan jika kita ada masa yang terhad untuk membeli belah.

  1. Letakkan bajet dan belanjakan 80% bajet pada makanan tidak berlabel

Section paling penting di sini ialah ayam, ikan, sayuran dan buah- buahan. Habiskan masa (dan duit) di sini berbanding di section biskut, coklat, kerepek dan snek.

  1. Belajar elakkan diri dari bahagian sejuk beku, tin dan snek

Dua bahagian ini dalam supermarket mungkin kita tak perlu masuk pun. Di bahagian sejuk beku terdapat banyak makanan segera dan terproses seperti nugget, hot dog, daging burger, aiskrim yang akan membantutkan proses detoks badan kita seterusnya menurunkan berat. Antara yang elok di bahagian sejuk beku ialah seperti sayuran beku, atau buah- buahan beku. Yang lain boleh skip! Bahagian makanan bertin pula ada sardin, buah-buahan manis, makanan dengan pengawet yang tinggi yang tidak baik untuk kesihatan. Bahagian snek pula terdapat biskut, kerepek, potato chips, coklat yang tinggi dengan perasa, gula dan lemak trans.

Always go for fresh food for weightloss!

  1. Beli secara online

Ada sesetengah orang bila mereka masuk ke pasaraya, mereka senang tergoda dengan  coklat, snek, donat, kek, aiskrim, dan ini akan menyebabkan mereka tersasar dari belian makanan yang membantu misi turunkan berat badan. Jadi beli online lebih selamat.

  1. Jangan membeli belah sewaktu lapar

Orang yang lapar akan sukar membuat keputusan untuk membeli secara sihat. Jadi jika perut sudah diisi, lebih mudah untuk kita membuat pertimbangan yang baik ketika mengisi troli belian.

  1. Jangan membeli makanan berlabel. Jika mahu, ketahui apa yang tertera pada label.

Makanan yang berlabel selalunya telah diproses / terkilang. Jika anda mahu beli yang berlabel ada beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan. Pastikan bahan- bahan pada label tidak melebihi 3 jenis, dan lihat kandungan gula, fiber dan karbohidrat. Kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi harus dielakkan sama sekali. Jika fibernya tinggi ia mungkin baik.

  1. Kitar semula senarai beli belah

Jika kita bertemu dengan keserasian dengan list beli belah yang dah digunakan bulan lepas, dan senarai shopping itu membuatkan pengendalian pemakanan dan diet anda bertambah baik, tak perlu buat senarai baru. Gunakan list yang lama dan ini akan hasilkan kitaran pemakanan yang sihat. Seperti saya, selalunya saya akan terus ambil pisang, tembikai, epal sebagai buah yang saya suka makan, tanpa perlu mencuba- cuba yang lain.

 

 

admin

About the Author

admin

Leave a Comment:

All fields with “*” are required

Leave a Comment:

All fields with “*” are required