5 perkara penting sebelum DETOKS

Harini saya nak kongsi 5 perkara penting untuk anda buat sebelum bermula dengan program detoks ini.

1. Fikir kenapa anda nak detoks sebenarnya?
Adakah anda nak rasa lebih baik, dengan program semula pemakanan? Adakah anda nak rasa lebih sihat dari penyakit penyakit dari pemakanan e.g gastrik, migrain, kencing manis, kolesterol? Adakah anda mahu turunkan berat badan? Adakah anda mahu kulit yang lebih cantik?
Pada mula saya berdetoks, saya cuma mahu lebih sihat kerana saya risaukan organ dalaman saya yang harus bekerja keras memproses makanan yang tidak terkawal. Rupanya saya juga dapat bonus turunkan berat badan. Jadi make sure anda tahu spesifik apa yang anda mahu dari program ini.

2. Fikir, apa akan jadi lepas detoks berakhir?
Fikir tentang tabiat pemakanan anda sekarang. Adakah anda cuma mahu detoks dan kembali kepada cara yang lama? Saya juga mula berubah kepada “eat clean” selepas detoks. Kerana saya sayangkan tubuh saya, dan tabiat pemakanan baru saya. Bayangkan sepanjang Ramadan anda mempunyai tabiat pemakanan yang sihat, dan kemudian tiba hari raya. Kesemuanya punah…
Apa sebenarnya tabiat yang anda ingin ubah. Selama lamanya?

3. Kenali tubuh anda
Ini penting kerana lain orang lain situasi nya. Seperti saya, adalah ibu menyusu eksklusif. Maka saya harus mengambil protein tambahan 2-3 hidangan. Atau anda seorang yang aktif bersukan, kadar nutrient yang anda perlukan mungkin berbeza dari orang yang tidak begitu aktif.

4. Ketahui status kesihatan
Mungkin elok untuk anda periksa kadar gula dalam darah, tahap kolesterol, tekanan darah, BMI, % lemak dan sebagainya. Ini untuk mengetahui bagaimana detoks boleh memperbaiki status kesihatan anda dan beri motivasi untuk anda teruskan gaya hidup sihat selepas ini.

5. Mula perlahan lahan ubah diet sebelum detoks
Jangan kejutkan tubuh anda dengan detoks secara tiba2. Mungkin boleh mula kurangkan gula dari sekarang, atau mula snack buah buahan. Supaya terbiasa bila program detoks bermula nanti.

Itu 5 perkara yang anda mungkin nak buat sebelum mula program detoks ini.

xx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *