Macamana saya stay bawah 20g karbohidrat seharian

Sebenarnya dalam kebanyakan makanan kita ada karbohidrat.

Masa mula2 nak buat low carb diet, saya buntu habis nak makan apa.

Nak makan lauk di kedai makan pun ada gula (carbs) dan MSG (carbs) yg spike insulin. Kadang tu kuah pun ada sos cili sos tomato sos tiram yg tinggi carbs jugak.

Buntu habis.

Buah2 pun kebanyakannya carbs tinggi. So malas nak kira bila carbs tinggi so saya tak ambil terus

So saya perlahan2 explore,

1. Saya decide untuk puasa berselang (IF) so kurang la ambil carb seharian

Bila berpuasa saya tak makan. So tak makan maksudnya takde carbs la. Simple kan

2. Saya track berapa carbs saya makan guna apps Carb Manager

Saya cuba make sure saya key in apa sy makan supaya carbs berada bawah 20g. Bila dah biasa saya memang tak pakai apps ni sebab dah tau makanan apa yg tinggi carbs dan rendah carbs

3. Saya stick to protein dan sayur. Sayur ambil 70% dari menu harian

Sebenarnya dalam diet low carb high fat ni we stick to real food. Makan sayur yg betul, ayam yang betul, cili yg betul (bukan dr botol atau yg berlabel). Pilih protein portion sederhana dan sayur ambil portion besar.

Saya suka makan nasi cauliflower, di mana cauliflower tu dikisar jadi macam nasi. Tu cara saya trick minda saya untuk masih makan nasi tapi sebenarnya saya makan sayur. Cuba lah tukar.. banyak perubahan dr segi berat dan kesihatan korang akan rasai. Btw saya bukan terus suka pun cauliflower rice ni. Ambil masa beberapa bulan juga nak sesuaikan diri.

4. Makan lemak baik 70% dari kalori

Saya rasa bila buang gula dan carbs dari diet, 70% dari makanan asal tak boleh makan dah..tapi bila dah takde semua tu, ada banyak lagi makanan2 yg selama ini ditakuti : LEMAK.

Apparently gula yang menyebabkan kita gemuk dan bukannya lemak.

So saya belajar minum kopi hitam dengan lemak macam butter, minyak kelapa (sedap gila!)

Ni kopi berlemak yg sangat sedap!

So saya mula2 breakfast ni saja, sampai saya berjaya hilangkan craving.. saya buat intermittent fasting je.

Masa mula2 kita perlukan lemak banyak juga sebab craving gula dan carbs masih kuat. So nak jaga dari terjebak cheating, kadangkala saya ambik kopi ni 2 kali sehari.

Sekarang dah jarang sangat ambil.

Selain itu saya mula berjinak makan makanan seperti almond, cheese, kacang, santan, dsbnya

5. Just eat real food

Paling selamat ialah bila kita makan makanan sebenar, bukan dari plastik (roti? Mi?) bukan yg ada label (hotdog? Nuggets?) dan bukan yang dah takde rupa asal (burger?)

Kan elok makan ikan, sayur, udang, sotong.. bukan benda yg diproses daripada nya.

6. Ambil supplement yang berkualiti

Saya juga tambah Omega Guard Shaklee sebagai salah satu healthy fats consumption. Adakalanya saya ambil lebih dari 3 biji untuk adjust craving.

Alfalfa complex ada mineral penting dalam nya yang mengelakkan ketidakseimbangan elektrolytes. Saya amalkan 10biji sehari. Membantu dalam proses ketosis.

Vivix adalah tambahan antioksida yang mempercepatkan proses ketosis dan beri tenaga kerana proses adjustment boleh jadi sangat memenatkan. Ia juga bantu accelerate result yg you nak dapat (kulit lebih glowy dan weightloss).

Haa itu lah 5 cara saya stay bawah 20g karbohidrat sehari. Its not easy tapi berbaloi.. saya ada buat weekly coaching KETO/IF for Carb Addicts, whatsapp me if you want to be part of it!

Http://wasap.my/60122727995