8 Cara Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan Selepas Cuti Raya

Terlebih makan memang menjadi kebiasaan sepanjang musim perayaan. Mana taknya, setelah sebulan berpuasa, tiba- tiba perut dikejutkan dengan pelbagai jenis juadah yang lazat. Tambah memburukkan keadaan, sarapan pagi 3 kali, makan tengahari lagi 3 kali, makan malam lagi 5 kali.

Mudah nak naik berat badan lebih- lebih lagi dengan makan tak tentu masa, tiada pilihan sihat dan perayaan yang memenatkan.

Masa ni kita rasa badan lesu, perut buncit, berangin, dan rasa paling UGLY kot, bila pakai kebaya tu, perut dah tersembul- sembul. Orang kata raya sebulan, tapi belum seminggu dah macam badak air…huhu (sayalah tu)

Jadi macamana nak kembali ke pangkal jalan selepas berhari raya? Saya sediakan 8 tips yang mungkin berguna untuk anda semua.

1. Mulakan aktiviti cergas seperti berjalan

Tak perlu terus berlari 10km atau mengangkat berat. Boleh mula berjalan perlahan- lahan di sekeliling rumah, untuk menggalakkan perpeluhan. Buat setengah jam sehari sahaja dulu.

Berjalan boleh bantu minda lebih tenang dan badan rasa lebih segar. Dan kalori terlebih makan tu pun boleh dibakar cepat. Ia juga bantu kurangkan stress dan terlebih makan lagi dan lagi.

Satu kajian mendapati, wanita yang berjalan selama 50-70 minit sehari, 3 hari seminggu, boleh kurangkan 1.5% lemak badan dalam 12 minggu, dan menghilangkan buncit jugak.

2. Tidur Cukup

Saya sedari bulan Ramadan, kita tak banyak tidur, kerana kesibukan dan fokus beribadah. Terbawa- bawa pula ke hari raya. Antara perkara paling utama untuk diperbetulkan ialah tidur.

Ya, mungkin anda perkecilkan faktor tidur dalam penurunan berat secara sihat, tetapi ia adalah antara faktor utama.

Kurang tidur mmberi kesan kepada 2 jenis hormon iaitu hormon ghrelin dan leptin, yang berkait rapat dengan kenaikan nafsu makan.

Satu kajian ke atas 1,024 orang menunjukkan mereka yang tidur kurang dari 8 jam sehari, mempunyai berat badan berlebihan.

Kalau anda terlebih makan hari tu, cuba masuk tidur lebih awal, supaya anda rasa segar dan lebih bertenaga esok hari.

3. Ambil Sarapan yang Sihat

Ramai orang skip sarapan selepas makan terlebih banyak semasa open house malam tadi.

Sebenarnya Sarapan ialah penentu cara kita makan untuk sepanjang hari. Jadi sangat penting pilih makanan apa untuk sarapan.

Pilih makanan tinggi protein dan fibre pada waktu pagi, dan elakkan minuman tinggi gula. Kopi hitam paling bagus (tanpa gula).

Antara makanan tinggi protein seperti telur rebus, tempeh, tauhu, kekacang, dan padankan bersama makanan tinggi fibre seperti buah- buahan pisang, oren dan oats.

4. Sentiasa Minum Air

Minum. Air. Kosong.

Ya, sepanjang musim perayaan, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis minuman berwarna, tinggi gula, bersusu pekat dan sebagainya. Walaupun anda rasa hilang dahaga, akan tetapi ia datang bersama masalah lain — Gula —peningkatan gula dalam darah — yang tidak terbakar —peningkatan berat badan.

Reset semula diet dengan berhenti minum air manis. Dan minum air kosong, sekurang- kurangnya 2liter sehari.

Bila kita minum air kosong, metabolism kita akan meningkat dan memudahkan kita bakar kalori yang berlebihan.

5. Sayur, Di manakah kau?

Ini masalah menu perayaan. TIADA SAYUR.

Kadang- kadang sedih juga, bagi penggemar sayur macam saya ni. Jumpa sayur pun dalam kuah lemak (lontong). Itu sahaja. Yang lainnya ialah makanan berkarbohidrat tinggi dan berlemak tinggi.

Anyways, tiada siapa yang komplen kan? tiada siapa yang diet pun pada hari raya.

So selepas raya, untuk kembali ke pangkal jalan, kita load up sayur- sayuran. Sayuran adalah tinggi fiber dan boleh bantu kurangkan berat dengan mengurangkan keinginan kita untuk makan, ia cepatkan proses kenyang dan ia rendah kalori.

Make sure, untuk kembali ke pangkal jalan, ambil setengah pinggan sayur setiap kali makan.

6. Jangan Berlapar

Dah terlebih makan, jangan lah skip skip makan pula. Tak jalan ya cara tu.

Kalau anda tak makan, risiko untuk terlebih lagi makan akan jadi lebih besar.

Sebaliknya, makan dalam porsi kecil 5-6 kali sehari. Lagi selalu anda makan, metabolism tubuh akan lebih meningkat. Berbanding anda berlapar , metabolism pun turun dan memudahkan berat untuk naik dengan mudah.

Ada kajian menunjukkan, makan ikut masa yang ditetapkan membuatkan kita akan kurang mengunyah dan mencari benda bukan- bukan.

7. Reset Pemakanan

Jika anda jenis yang senang ke laut, dan mudah sangat terlebih makan. Mungkin anda perlukan satu program reset pemakanan atau DETOKS. Ia juga bagus untuk badan yang dah termasuk dalam diet tinggi gula dan karbohidrat, dan kuat craving.

Contohnya : tak boleh berhenti makan tat nenas dalam balang tu. Ini memang penentu anda memerlukan diet detoks.

Detoks maksudnya RESET semula pemakanan buruk sepanjang musim raya, supaya badan boleh berfungsi dengan normal semula. Kita pilih makan makanan yang baik sahaja sepanjang 7 hari.

Saya ada sediakan menu detoks 7-hari yang mungkin sesuai untuk mereka yang bertekad untuk kembali ke gaya pemakanan/kesihatan/bentuk badan asal, dan lepaskan dari cengkaman pemakanan yang berlebih- lebih.

Kalau berminat boleh klik link ini ya, dan download menu ini percuma.

8. Tambah Pengambilan Protein

Perasan tak sepanjang beraya, kita banyak ambil karbohidrat mudah semata- mata. Kurang protein boleh meyebabkan kita rasa lambat kenyang dan cepat lapar. Kurang protein juga menyebabkan lemak kita lambat terbakar, dan jika kita kurus pun mudah nak yo-yo berat senang naik semula.

Saya suka ambil protein antara waktu sarapan dan makan tengahari. Protein yang paling mudah disediakan ialah dari bentuk serbuk, yang cuma dibancuh dengan air. Ia berikan rasa kenyang sementara kita sibuk di dapur menyediakan juadah tengahari. Maka kita tak akan seluk balang kerepek itu.

Ada banyak pilihan snek protein yang sihat seperti tempeh, tauhu, produk tenusu, daging, ayam, ikan, kekacang. Pilihan saya ialah yang mudah dan pantas, mcm Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, Herbalife dsb.

Saya harap 8 tips ni berguna untuk anda, lebih- lebih lagi nak mengharungi sebulan perayaan dengan jemputan open house di sana sini. Jangan lupa guna 8 tips ini untuk mengharungi Syawal, dan anda pasti akan mendapat kesan yang awesome!

Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog Fit&Cun..