Kenapa Kira Kalori Sahaja Tak Berkesan?

Harini saya nak fokus kepada satu benda yang sering diperkatakan orangtentang cara paling baik nak turunkan berat badan.  “Mengira kalori”. Saya pun sama lah..dulu lah, sekurang- kurangnya.

Jika anda tak tahu bagaimana orang mengira kalori untuk kalori, dia macamni..Basically mengira setiap jenis makanan dan minuman yang dimakan/minum untuk mengekalkan sejumlah kalori yang dibenarkan setiap hari.

Carta bawah ni tunjuk berapa banyak seorang wanita/lelaki perlu untuk kekalkan tenaga dan badan berfungsi dengan baik.

Sedentary tu banyak duduk dan tak beraktiviti sangat, manakala aktif sikit dan aktif sangat tu 3 jenis tahap aktiviti harian yang ada dalam carta di atas. Kalau hari- hari korang just pergi kerja duduk opis, makan, tidur dan sikit-sikit bergerak, kira korang masuk bawah “Sedentary”.

Kalau kata korang ada berjalan dalam 1.5km ke 3km sehari termasuk aktiviti macam kerja- kerja rumah dan tak banyak duduk sangat kira korang ni “Moderately Active”.

Dan kalau korang “Active” maksudnya macam korang sering berjalan lebih dari 3km setiap hari, dan tak senang duduk punya orang.

Sebenarnya kalori macam yang disebut dalam carta diatas diperlukan badan untuk berfungsi secara normal. Berapa kalori optimum yang perlu untuk tubuh berfungsi secara biasa. Macam tu lah kita patut paham dan definasikan apa kalori tu. Apa yang dia buat utk badan, dan  bukan berapa banyak yang korang patut makan.

OK memahami fungsi kalori dan bagaimana ia ada dalam makanan tak salah. Tapi yang jadi masalahnya bila kita mula terlalu asyik mengira kalori tapi tak tengok apa jenis makanan yang dimakan.

Masalah paling besar dengan kaedah mengira kalori ni ialah ia tak ambilkira KUALITI makanan yang kita ambil. Ia hanya ambilkira kuantiti. Kualiti adalah sesuatu yang lebih bernilai kepada kita dan kesihatan kita.

OK jom kita kaji dua senario ni:

Senario 1: OK anda cuma dibenarkan ambil 1,000 kalori sehari sebab nak cepat turunkan berat. So anda makan sikit sangat dan kira setiap kalori makanan yang diambil. Sepanjang masa anda lapar, tetapi best sebab anda turun berat dengan cepat, dan rasa nak teruskan lagi dan lagi kira kalori. Anda ambil makanan yang rendah kalori sahaja tanpa nutrisi termasuk benda- benda macam pemanis tiruan yang tiada kalori. Tenaga pun drop. Tak enjoy pun sebab makanan semua tak boleh makan. Anda rasa macam berperang dengan nafsu, kelaparan, kurang tenaga, stress, murung.

Senario 2: Anda tak kira kalori makanan. Tapi sebaliknya fokus kepada makanan yang tinggi nutrient, anda fokus tentang berapa vitamin yang masuk, fiber banyak mana, lemak baik, protein dan sebagainya. Anda rasa puas, tak lapar, tak juga kenyang sampai sendawa. Anda ada tenaga dan selalu gembira. Anda rasa anda ada kawalan penuh ke atas apa yang anda makan dan yang penting anda HAPPY!!

Senario mana yang anda suka?

Sejujurnya, saya dah pernah lalui kedua- dua fasa dalam masa yang berbeza. Saya pernah kira kalori sehingga turun berkilo kilo..dan saya juga dah pernah asyik makan tetapi cuma yang ASLI dan turun berbelas kilo jugak.

Dan saya nak bagitahu, bagaimana berbezanya bila kita berada dalam Senario 2. Senario 1 tu cuma diet, itu sahaja. Akan tetapi Senario 2 ialah gaya hidup — lebih gembira dan sihat. Cara hidup yang memilih kegembiraan dan bukan penderitaan, kelaparan dan kebuluran.

Sekarang dah rasa lebih simple pada saya.

Dan sebab tu lah kira kira kalori ni bukan caranya untuk kurus. Ia adalah mengenai memilih makanan yang betul pada kuantiti dan masa yang betul. Lepas tu anda tak perlu lagi nak tolak makanan sebab badan anda sendiri yang nak rasa puas dan gembira bila anda pilih makanan yang betul!!