4 Rules nak jadikan Sarapan Tempatan lebih Sihat

Setiap pagi kita akan rasa lapar. Itu normal. Kalau kita pergi kedai makan tempatan, kita akan dihidangkan dengan pelbagai aneka sarapan mcm nasi lemak dan lauk pauknya, bihun goreng, mi goreng, lontong, soto, roti canai dan hidangan minuman yang tak kurang lazat. Begitu juga di mamak.

Takde salahnya menjamu selera di kedai tersebut kalau korang on the way nak instill gaya pemakanan sihat. Sebab kita bukannya dibesarkan makan oats, roti, yogurt dan sebagainya..Bukan mat saleh sahaja boleh sihat dan slim.

Semuanya pilihan kita. Dan letakkan rules kepada diri sendiri macamana nak kawal diri di tempat sarapan. Kadangkala kita kena pilih yang terkurang mudarat berbanding yang lebih mudarat.

  1. Pilih Nasi Lemak berbanding Mi, Bihun, Roti Canai dan kuih muih
    Yup Nasi Lemak menawarkan lebih nutrient berbanding yang lain- lain. Roti canai boleh kira pilihan paling buruk kerana ia cuma tepung putih, direndam dalam minyak dan digoreng. Nasi Lemak is the lesser evil kerana ia ada protein (telur), lemak (santan), fiber (timun). The best is korang ambil sendiri nasi tu. Jangan ikut portion biasa. Segenggam nasi, ambil lebih timun, dan telur rebus biar sebiji. Masalahnya bila ada gula dalam sambal, portion tak seimbang (terlebih nasi = terlebih karbo = terlebih santan= terlebih kalori), Nutrien kurang (timun sekeping, telur rebus 1/18).
  2. Minum air suam
    Sorry, kalau rules ni agak berat. Motif nya bukan nak suruh minum air kosong tapi jangan ambil gula yang boleh menyebabkan kegemukan dan bahaya kepada kesihatan. Jika ada pilihan anda boleh order susu lembu suam berperisa teh/kopi (selalunya ada di kedai mamak). Pun layan..Belajar rasa puas bila bersarapan tanpa air manis. Milo O sahaja pun penuh bergula dan berproses tinggi.
  3. Telur separuh masak, tanpa roti kaya
    Telur rebus memberikan kita satu hidangan protein yang baik. Pemilihan roti juga penting. Selalunya hidangan di kedai makan /mamak berikan roti putih (pilihan indeks glisemiks yang tinggi), dan kaya (yang tinggi gula dan santan). Jadi jika tiada pilihan roti ber GI rendah seperti roti bijirin penuh, makanlah telur separuh masak. Order capati on the side pun ok kalau belum kenyang 😉
  4. Makan separuh pinggan sahaja, tak yah add on kuih manis
    Saya la masalah mcmni, kalau dah rupa talam ubi/ seri muka tu jelita sangat bersusun, memang hilang ingatan nak makan HAHA..btw..sebab apa walau kita makan sarapan macam raja, ingat untuk sihat dan kurus, kita kena makan banyak kali sehari. Nanti pukul 10 -11 pagi kita akan makan semula. Dont worry kalau tak kenyang sangat pun. Tahan lah nafsu dari karbo mudah (mknn berasaskan tepung, nasi, mi, bihun) dan bergula tinggi (kuih, minuman).

So tu je 4 tips untuk uols survive sarapan pagi melayu yang best tu. Nanti kita jumpa lagi di lain artikel k:)

Salam Fit&Cun