berat-tak-turun-walau-berdiet

6 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Berdiet

 

Saya pasti kita semua dah pernah melalui fasa ini. Berdiet tapi tak turun berat. Puas dah kira kalori, pergi bersenam, tak makan nasi tetapi berat masih maintain dekat tempat yang sama.

Atau, dah banyak turun berat, lepas tu dia taknak turun- turun dah. Padahal masih jaga pemakanan dengan betul, bersenam dan sebagainya.

Kenapa agaknya ya?

Anda mungkin feeling tengah berdiet, tapi sebenarnya ada

LIMA tabiat kecil ini yang menyebabkan Berat Tak Turun Walau Berdiet:

  1. Tak Cukup Minum Air

    Ramai orang agak lalai bab minum air. Ada yang rasa dia minum cukup, tapi sebenarnya tak sampai pun 2 Liter. Untuk turun berat, pengambilan air kosong sangat penting.

    Ada satu kajian menunjukkan mereka yang minum 1/2 liter air 30minit sebelum waktu makan, akan turun 44% lebih banyak daripada yang tidak minum dengan cukup.Minum air kosong juga dapat tingkatkan pembakaran kalori sebanyak 24-30% dalam masa satu setengah jam.

  2. Makan 3 kali sehari SAHAJA

    Mungkin anda rasa lagi kurang kekerapan makan, maka berat akan makin berkurang. Ini adalah anggapan yang salah!

    Ya memang anda perlu ambil kalori kurang dari yang sepatutnya, tetapi wajib dipecah- pecahkan kepada 5-6 kali hidangan.

    Kenapa? Sebab kekerapan makan dengan porsi yang kecil akan menggalakkan metabolism aktif, mengelakkan rasa lapar dan bantu kawal kadar gula dalam darah.Hasilnya : Anda akan makan kurang dari biasa.

  3. Tak Cukup Tidur

    Saya pernah alami berat statik kerana kurang tidur. Apabila saya perbetulkan tempoh masa tidur saya ke 7-8 jam sehari, baru saya mengalami perubahan yang ketara kepada kecergasan dan berat badan.

    Tidur yang cukup sebenarnya sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental, termasuklah berat badan.

    Mereka yang kurang tidur adalah sangat berisiko untuk mengalami obesiti. Orang dewasa dan kanak kanak yang tak cukup tidur ada 55% dan 89% lebih risiko untuk menjadi obese.

  4. Tak Makan Nasi, Tapi Makan Roti

    Satu mangkuk nasi adalah bersamaan dengan 200kalori. 2 keping roti juga bersamaan dengan 200kalori. Jadi logiknya anda akan perlukan lebih roti untuk berasa kenyang berbanding nasi, bukan?

    Tukarkan nasi dengan roti wholemeal 2 keping, maka anda akan mendapat manfaat fiber dan bijirin, berbanding roti putih yang tiada nutrisi langsung. Lebih banyak sumber bijirin tak terproses dalam roti adalah lebih baik.

    Indeks Glisemik juga pastikan rendah – supaya rasa kenyang dapat dipanjangkan.Apa pun, walau ia sihat, hadkan pengambilan roti kepada 2 keping sahaja sehari. Tak makan nasi tapi makan roti tanpa had akan lebih menggemukkan, baik anda makan sahaja nasi tu!!

  5. Tak Makan Cukup Protein

    Orang kita memang sangat berjimat bila makan protein. Selalunya kita akan makan seketul kecil ayam, atau separuh ekor ikan. Ia tidak mencukupi. Dilema bila makan protein binatang terlebih ialah bila ianya datang dengan lemak dan kolesterol. Lebih- lebih lagi bila cara penyediaannya bergoreng atau dalam lauk berlemak.Jangan hanya bergantung kepada ayam/ikan/daging sahaja. Kenalpasti protein lain dalam sumber tumbuhan.

    berat-tak-turun-walau-berdiet
    sumber : Pinterest

    Protein adalah penting bukan setakat untuk perbaiki otot dan tisu. Ada kajian pada tahun 2003 dalam Jurnal Nutrisi menyebut, dua kumpulan wanita yang overweight diberi makan kalori yang sama, tetapi satu kumpulan diberi 128gram protein sehari, manakala sekumpulan lagi diberi 68gram protein sehari. Kumpulan wanita pertama didapati hilang lebih banyak berat badan berbanding kumpulan kedua.

    Protein dapat menambah rasa kenyang setiap kali makan, dan ia bantu rasa kurang lapar, maka anda akan kurang makan sepanjang hari. Diet yang tinggi protein juga akan memperbaiki kadar gula dalam darah dan juga nisbah otot kepada lemak. Otot akan terpelihara maka lemak akan lebih cepat terbakar.

  6. Tak Faham Kalori vs Nutrisi

    Saya perasan, ini adalah masalah ramai antara kita bila nak menurunkan berat. Kadangkala berat bukan turun sebab jumlah kalori yang dimakan, tetapi JENIS kalori yang dimakan. Ini sebabnya berat tak turun walau berdiet.

    Carrie McMahon dalam bukunya “Why You Should Count Macronutrients, Not Calories juga pernah tersilap apabila terlalu mengira kalori dan hadkan makanan.

    Akibatnya, dia makan lebih banyak, dan rasa craving melampau, akhirnya menghentikan program dietTetapi akhirnya McMahon menyedari jika dia mahu sihat, dia harus ubah cara diet. Jadi dia ubah dari mengira kalori kepada mengira makronutrien.

    Makronutrien ialah protein, karbohidrat dan lemak – yang beri kalori dan tenaga kepada tubuh.Jika hanya untuk makan dengan kalori rendah, kita boleh saja makan macam- macam “makanan sampah” yang hampir tiada nilai nutrisi, seperti minuman 3in1 tanpa gula, bijirin rendah lemak, makanan fast food tanpa lemak.

———
Kadangkala anda perlu RESET pemakanan untuk turun berat dengan baik dan kekal. Sudahkah anda dapatkan Pelan Menu Detoks 7-hari yang telah membantu saya dan ramai mommies turunkan berat dengan berjaya?menu-detoks