tips-diet-tanpa-berlapar

5 Tips Diet Tanpa Berlapar

Masalah utama mereka yang nak berdiet adalah LAPAR. Lebih- lebih lagi masa awal- awal proses berdiet. Untuk turunkan berat badan, harus lah mula makan makanan berkalori rendah. Kalau tak biasa kurangkan kuantiti makanan, perubahan macamni akan membuatkan anda asyik terasa lapar. Tetapi bila tubuh dah biasa dengan pengambilan kalori rendah, masalah lapar ni dah semakin mudah diatasi. Belajar beberapa tips untuk mengendalikan selera, jadi mudah anda nak capai berat badan idaman.

  1.   Makan makanan Indeks Glisemik RendahIndeks Glisemik (GI) makanan akan menentukan berapa lama anda akan rasa kenyang. GI ni mewakili sepantas mana karbohidrat dalam makanan menaikkan kadar gula dalam darah. Indeks Glisemik yang tinggi akan menaikkan tahap gula dalam darah dengan pantas dan tinggi, manakala GI yang rendah akan menaikkan glukos secara beransur ansur, dan membantu kestabilan gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar yang amat sangat.Kalau nak bantu tahan selera, pilih makanan yang tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dengan memilih karbohidrat yang rendah indeks glisemik nya. Contohnya seperti sayuran hijau, kekacang, kebanyakan buah- buahan dan roti/oats berbijirin tinggi.
  2.   Fiber bantu kawal laparFiber bantu kawal lapar melalui beberapa cara. Pertama, ia melambatkan proses penghadaman, dan penyerapan gula, jadi tahap gula dalam darah lebih stabil. Fiber selalunya kita rasa makan banyak tetapi kalorinya rendah.Antara jenis fiber yang popular ialah beta-glucan. Banyak makanan berbijirin macam oat, barli mengandungi Beta Glucan, boleh memberikan rasa kenyang yang lama. Kajian mendapati Beta-Glucan menggalakkan sejenis hormon bernama cholecystokinin, yang mempengaruhi selera, dan memperlahankan proses pengosongan perut.Sayuran mengandungi fiber yang berkalori rendah. Maksudnya, anda boleh mengambil sayuran dengan banyak tanpa risau terhadap kalori. Nikmati sayuran pada setiap hidangan, jadikan snek antara waktu makan. Pastikan tak ambil dengan terlalu banyak sos yang tinggi kalori.
  3.  Lawan Kelaparan dengan PROTEINMakan protein dalam hidangan dan jadikan snek. Protein mengambil masa lebih panjang untuk dihadamkan, maka rasa kenyang tu akan berpanjangan. Asid amino dalam bantu kawal selera, dan bantu kalori terbakar jika pengambilan kalori defisit.Tambahkan protein yang “lean” dan nutrisi tinggi dalam senarai beli belah anda. Antara protein yang bagus ialah telur, ayam(dada), yogurt greek, keju cottage, tuna dan lain lain ikan, tahu dan protein soya.Ini adalah cara utama saya mengawal rasa lapar sehingga dapat mencapai berat idaman saya. Boleh baca kisah perjalanan saya di sini. Saya memilih supplement protein yang mampu dikira kalorinya (kalori rendah), tinggi fiber dan memberi rasa kenyang yang lama. Membolehkan saya mengawal kelaparan semasa makan nasi (tengahari dan malam).
  4.   Jangan Terlalu Rendahkan KaloriBagus kalau dapat mencapai berat badan ideal, sebab ia cara yang paling bijak nak memperbaiki tahap kesihatan. Amat perlu untuk kurang kan pengambilan perlu, tetapi amat penting untuk tidak mengambil kalori yang terlalu sedikit. Kalori yang rendah boleh menyebabkan anda terlalu lapar dan juga masalah kurang zat — dan akan menyebabkan masalah lain seperti Anemia (sel darah merah yang rendah dari normal).Jumlah kalori yang diperlukan bergantung kepada faktor- faktor seperti berat badan, jantina, umur. Wanita tiak boleh mengambil kurang dari 1,200 kalori sehari manakala 1,800 untuk lelaki.Banyak kalkulator online yang boleh digunakan untuk menentukan jumlah kalori yang diperlukan sehari. Pastikan anda tidak “membuang” terlalu banyak kalori dalam usaha nak mempercepatkan turun berat badan. Paling bagus cuma kurangkan antara 250-500 kalori sehari. Kalau anda rasa terlalu lapar bila kurangkan 500 kalori, adjust sikit. Berat mungkin turun perlahan tetapi pastikan anda tidak terlalu lapar dan lemah.
  5. Tambahkan LEMAK dalam dietBiasa kita dengar nasihat dan tips tips diet menyarankan untuk buang lemak sebanyak mungkin untuk turunkan berat badan. Sebenarnya, kadar lemak yang terlalu rendah tidak berkesan.Lemak bukan sahaja memberi rasa sedap kepada makanan tetapi ia penting kepada kesihatan dan membantu melambatkan proses penghadaman. Ia juga buat kita rasa sentiasa kenyang.Ambil lemak pada kadar sederhana dan pilih lemak tidak tepu sahaja. Untuk memastikan kesihatan terpelihara, gunakan lemak sihat seperti minyak ikan (Omega-3), kekacang, minyak zaitun, minyak bijan, saflower, dan canola.

menu-detoks

7-Day Detox Challenge Dibuka

Punya ramai dah yang download detox meal plan, hampir 1,000 orang. Tetapi agak mengecewakan kerana tak ramai yang sanggup dan kuat semangat nak bermula. Almaklumlah menu nya agak berbeza daripada menu kebiasaan kita di gerai nasi campur ataupun yang dimasak oleh ibu di rumah.

Memang pun, masa saya buat detoks dulu pun, saya memang ada geng yang detoks bersama. Kongsi menu pilihan mereka, kasi boost semangat.

Untuk itu, minggu lepas, saya launch 7-Day Detox Challenge dan saya buka mengikut batch. Batch 1 dah pun bermula detoks minggu ini.

menu-detoks

Ada yang masih cuba- cuba tak berani nak mula, dan testing keimanan, pun dah boleh lost 700gram.

testimoni-detoks

Saya sedia guide anda untuk 2-minggu melalui whatsapp untuk bantu perubahan awal diri anda.

Saya tengok ramai yang tak berapa kisah akan sayur sayuran selama ini, terpaksa mencari sayur kegemaran baru mereka sebab selama ni “makan sayur cincai saja”..Now kena cari yang kena dengan selera dan tekak masing- masing. Haaa baru tahu kan. Actually saya pun sama..selama ni, sayur takde pun tak apa. Tetapi fikir beb, tanpa sayur, tiadalah fiber, dan antara penyebab penyakit mcm diabetes, kanser memang sebab tiada fiber dalam makanan.

So nak belajar makan sayur pun kena coaching haha..tapi sangat best sebab ada kawan- kawan yang melalui proses yang sama utk kasi galakan dan semangat.

Jika berminat, boleh download dulu menu detoks ini, dan tengok jika sesuai, kemudian hubungi saya di 012-2727995, untuk sertai batch seterusnya 7- Day Detox Challenge Fit&Cun. Setiap batch terhad kepada 20 orang sahaja.