Kenapa Wajah Lebih Tua Dari Umur Sebenar?

Bila ada kulit yang bermasalah mesti tension kan? Pernah tak rasa kecewa sangat bila rasa dah cukup jaga makan, kawal stress, guna pencuci yang mahal, tapi kulit ni suka hati dia je nak berupa macamana.

Ini sebab nya kulit kita ni adalah organ yang unik dan tersendiri. Perlu lebih kesabaran dan konsisten sahaja bila nak merawat atau memperbaikinya. Dah lah kulit kita ada banyak lapisan seperti epidermis, dermis dengan tisu luaran. Maka ia akan ambil masa sikit untuk pulih seterusnya bersih dan cantik.

Jadi kalau nak ambil produk luaran atau supplement pun haruslah bertabah antara 3 ke 6 bulan untuk nampak kesan yang sebenar.

Kulit boleh jadi penanda dan punca orang lain meneka umur kita. Kalau nak teka umur, orang akan tengok garisan yang timbul pada kulit wajah, di bucu mata, sekitar senyuman. Kalau kulit masih bouncy macam spring di usia 30-an dan 40-an mesti akan nampak muda dari usia sebenar. Tapi kalau baru 20-an dan 30-an pun dah nampak mcm makcik- makcik, mungkin anda harus lakukan sesuatu segera!

Tapi saya sarankan anda buat satu perkara asas untuk RESET tabiat yang sekian lama menyebabkan kulit anda bermasalah, mulakan DIET DETOKS. Boleh download diet Detoks 7-hari percuma di sini.

Banyak punca masalah kulit kita adalah dari pemakanan. Contoh nya makanan manis, produk tenusu, makanan berminyak, makanan terproses.

Jadi elemen detoks untuk kulit haruslah memandang 3 ciri utama di bawah:

  1. BUANG GULA DARI PEMAKANAN
    Gula lah yang mepercepatkan proses AGE (Advanced Glycation End Product) badan kita. Simple term yg saya boleh beri pasal AGE ni ialah proses pengaratan atau pereputan. Proses AGE ni lah yang menyebabkan kita tua sebelum usia, dan mendapat penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, sebelum waktunya. Untuk kulit, proses AGE ni dia akan rosakkan collagen/elastin dalam kulit dan menyebabkan lebih cepat garisan penuaan terhasil. So tak guna kalau ambil produk collagen yang mahal, tetapi masih mengamalkan makanan manis.
  2. PILIH PROTEIN DENGAN BIJAK
    Hormon yang terdapat dalam produk tenusu dan daging boleh menyebabkan kekacauan pada kulit. Kadangkala akan muncul cela, sebum berlebihan pada kulit wajah yang menyebabkan jerawat dan pori pori tersumbat. Saya sangat sarankan pilih protein dari sumber bukan hidup. Jika anda ada supplement protein kegemaran, pastikan anda mengambil yang plant based. Sumber soya seperti tempe dan tahu sangat bagus untuk kulit juga.
  3. MAKAN BERASASKAN ALKALI
    Bila kita sentiasa makan makanan terproses, makanan manis, manisan, air manis (yang berasid tinggi), tubuh juga menjadi kurang keseimbangan maka ia terpancar pada wajah. Banyakkan hidangan sayuran (5-6 kali sehari) dan buah- buahan. Buah seperti lemon mempunyai kealkalian yang tinggi, yang boleh beri lebih balance kepada tubuh berasid hasil diet yang tak sihat. Jika anda ada supplement berasaskan resveratrol yang kaya polifenol seperti Vivix dari Shaklee, sila amalkan dari sekarang. Kulit anda confirm mudah sangat nak jaga dan muda sentiasa.

Itu 3 elemen utama bila nak mula detoks untuk kulit lebih sihat dan muda. Jika anda dah biasa amalkan pemakanan sihat, kulit pun akan sentiasa follow untuk lebih tampak muda dari usia.