10 Peraturan Sewaktu Detoks, Patuh ini Anda Pasti Berjaya :)

OK saya ada buat list macamana nak survive program detoks. Sebab detoks program atau program body cleanse ni sebenarnya agak sukar dan kdang kadang bikin stress sebab kena tinggalkan makanan makanan biasa kita makan.

Macam saya, saya detoks sebab berat saya memang susah nak turun, dan kemaruk makanan atas lesen menyusu tu memang la teruk. Jadi saya nak tolong anda supaya tak berhenti program ni separuh jalan, dengan menyenaraikan 10 peraturan. Haip saya yang menyusu pun boleh buat, takkan uol tak boleh kan..haha.

1. Pilih Meal Plan yang Anda boleh ikut dan patuh
Mungkin minum jus selama 10 hari akan buat anda tertekan? Anda boleh ikut plan 7 hari yang saya ada ni. Tapi apa pun ini semua berbalik kepada individu itu sendiri. Seeloknya pilih pelan yang ada makanan solid seperti buah dan sayuran. Dengan mengurangkan kerja kerja pencernaan, tubuh ada lebih banyak tenaga untuk benda lain.

2. Psiko diri sendiri 3 hari sebelum mula pelan detoks
Sebenarnya berdetoks tu lebih banyak pakai kekuatan mental dari kekuatan fizikal. Kalau minda tak bersedia, tubuh akan gagal dengan sendirinya.

3. Berehat
Cuba bayangkan tubuh kita macam tangki minyak kereta. Kurang minyak maka kuranglah tenaga- lebih lebih lagi 3 hari pertama detoks. Waktu ni elakkan bekerja terlalu kuat, atau mungkin nak masuk larian marathon? no no..pastikan anda dapat 8 jam tidur malam dan jangan berlebih lebihan pakai tenaga di siang hari.

4. Hidrasi
Kalau biasanya anda minum 8 gelas air sepanjang hari, semasa detoks patut up kan jadi 2L sehari. Fungsi tubuh akan jadi lebih baik dan akan keluarkan lebih banyka toksin.

5. Bersenam ringan, tapi jangan berlebih lebihan
Senaman paling sesuai ialah yoga, pilates atau berjalan jalan di taman. Saya kata berehat tapi tak bermakna anda kena tidur atas katil sepanjang hari. Tubuh kita masa detoks masih perlukan pergerakan dan regangan.

6. Buang apa saja makanan yang mengganggu fokus detoks
Makanan dalam tin, dessert, nugget, aiskrim, coklat semuanya harus dikeluarkan dari rumah/dapur. Gantikan dengan makanan sesuai detoks sahaja.Ini semua akan mengganggu konsentrasi.

7. Rancang nak buat apa kalau ada masa terluang
Selalunya bila ada masa terluang kita akan pergi ke dapur untuk bikin teh tarik atau sandwich cheese. Jadi semasa detoks , masa lapang ni nak buat apa ya. Mungkin boleh mula main game candy crush ke haha?

8. Side effect – Ia memang ada!
Tengok diet asal anda lah. Apa yang anda buang bila berdetoks? Selalunya siapa yang berhenti minum kopi, akan merasa sakit kepala pada hari hari awal. Tapi kalau anda teruskan sahaja pelan itu, lama lama anda akan rasa makin baik. Macam saya, saya banyak ke tandas, naik ruam dan gatal kulit, berkahak dan sakit kepala jugak.

9. Kurangkan stress sepanjang tempoh detoks.
Ini khusus untuk mereka yang suka makan bila rasa stress. Kalau sakit kepala memang ramai akan give up dan makan je makanan kegemaran. Mungkin anda nak mulakan detoks di hujung minggu jadi stress tak teruk sangat pada hari pertama dan kedua. Kemudian dah boleh manage.

10. Jangan la makan nasi lemak terus lepas habis program detoks!
Sayang sahaja selepas seminggu makan makanan yang bersih dan segar. Dan dah lose pun kg. feeling pun rasa syok. Pada pengalaman saya lepas habis detoks, saya tak teringin pun nak makan makanan terproses. Badan dah terbiasa dengan makanan semulajadi dan bersih, bila makan benda yg tak berapa bersih — terus badan mengamuk, berangin dan sebagainya.

Hilang 3.5kg selepas 7 hari detoks

berat badan hilang

HASIL 7-HARI DETOKS

Alhamdulillah final weigh in semalam, berat dah 61.5kg, so total kurang ialah 3.5kg dalam masa seminggu sahaja.

Selepas 7 hari detoks, nampaknya ada perubahan positif. Ada kawan yang melawat tadi pun tegur, bidang bahu dah nampak kecil berbanding sebelum, muka sikit kecut dan kulit tambah glowy.

Saya pun dah mula eat-clean, jaga kalori masuk dan kalori keluar. kalori masuk la yang utama, sebab tugas sebagai ibu bekerja di rumah, lebih kurang itu lah kalori keluarnya.hehe..

APA TERJADI SEPANJANG PROSES DETOKS

Kalau diperhatikan kepada meal plan 7 hari itu kan, konsepnya ialah mengeluarkan segala unsur makanan terproses, gula, lemak tepu secara total pada 7 hari, dan 4 hari pertama tanpa karbohidrat langsung. Yang saya nampak ia memberi kerehatan kepada organ tubuh dari memproses gula dan lemak tepu dan memperbaiki fungsi fungsi masing2.

Jadi ia membiasakan tubuh dengan makanan sihat sahaja. Kemudian supplement itu diambil untuk memaksimakan kesan detoks. Sebab jika kita ambil supplement pun tapi masih ambil makanan yg tidak sihat kesannya samada lambat atau tiada langsung sebab diganggu gaya pemakanan yang tidak sihat.

Supplement yang saya ambil adalah terdiri dari superfood yg anti penyakit kronik, memperbaiki peredaran darah, buang kolesterol, memperbaiki fungsi hati, dan memperbaiki kesihatan usus.

Hari hari pertama kan saya rasa agak pening dan lemah. Rasanya seperti berpuasa pada minggu pertama. Tapi memang saya dah jangka, kerana memang dah lama saya tak ubah gaya pemakanan.

BOLEH TAK SAYA BERPUASA SAHAJA?

Of course boleh, memang puasa adalah detoks terbaik. TETAPI
sahur dan berbuka lah dengan makanan yang dicadangkan. Elakkan dari CRAP (carbonated drinks, refined sugar, artificial color and sweetener, processed food). Untuk hasil maksima, tambahkan supplement yang memperbaiki fungsi hati, fungsi usus dan perjalanan darah.

IBU MENYUSU, TAKPE KE?

Macam saya buat tu, sebagai ibu menyusu memang wajib tambah protein dari hari pertama. Carbohidrat macam nasi dan gula tak perlu melainkan anda adalah ibu menyusu yang aktif bersenam. Sekarang saya dah mula ambil nasi cuma 1/4 pinggan kecil. Nutrient takkan kurang untuk hasilkan susu bayi malah bertambah kot sebab kita dah gantikan nasi dengan sayur, buah atau protein. Produksi susu meriah macam biasa.

macamni contoh piring makanan saya selepas detoks

BOLEH TAK SAYA AMBIL SUPPLEMENT SAHAJA

Boleh je, tapi macam saya kata tadi, katakan anda mengambil supplement anti kolesterol, tapi masih mengambil pemakanan penuh kolesterol, kebanyakan masa supplement cuma bertindak melawan hasil pemakanan waktu itu dan tidak dapat memperbaiki kolesterol yang sedia ada. Agak kerugian di situ.

BOLEH TAK SAYA IKUT MEAL PLAN TANPA SUPPLEMENT

Boleh jugak, tapi peluang detoks yg cuma 7 hari ini mungkin dapat dimaksimakan untuk kesihatan. Nutrien tambahan yang diambil akan detoks sekaligus memperbaiki sel tubuh dan sistem, maksudnya kesan detoks yang diingini akan diperolehi dalam waktu yang lebih singkat, kerana anda detoks dan up kan nutrien. Tubuh terpaksa jadi lebih sihat.

JADI, SELEPAS 7 HARI NAK BUAT APA?

Ini pengalaman saya. Saya ingatkan memang nak buat 7 hari sahaja. Sebab selama ni saya tak yakin saya boleh turun dah berat badan dan saya takde kekuatan pun nak diet. Proses detoks ini memang merubah terus cara saya memandang makanan, cara memasak, dan cara mengawal kelaparan.

Keinginan saya terhadap teh tarik dan kek pun dah kurang, lebih lebih lagi lepas tengok penimbang..hehe..

Jadi saya teruskan dengan eat clean pada hari biasa, dan cheating sikit pada hari minggu. Doakan saya capai berat idaman — 50kg ya?

So dapatkan Set Detoks di sini..

Dan boleh hubungi saya untuk dapatkan meal plan penuh

 

7 Day Detox (Day 6 & 7)

DAY 6 – ITS ALL ABOUT CARBS

Hari 6 dan 7 adalah hari minggu. Jadi ia agak mencabar.  Cuma harini dapat makan NASI!!
Macam hari semalam, saya cuba untuk tidak membiarkan diri kelaparan. Kerana diri yang lapar boleh GAGAL bila bila masa sahaja.

Penyelamat saya adalah shake protein (Energizing Soy Protein), sebab saya akan ambilnya setiap kali waktu snacking. Saya dah jumpa cara untuk jadikannya mengenyangkan iaitu blend dgn 1/2 cawan low fat milk, buah sebiji (kalau pisang paling best). Shake protein ini memang penyelamat ibu menyusu. Tak terbabas diet.

Kami makan luar harini. teringin nak makan salmon. MasyaAllah  mahal kan kalau betul betul nk eat clean. Jadi eloklah masak di rumah sahaja. Kami pergi ke Big Brother untuk makan seafood family platter. Tu pun dapat 4 ketul sayur sahaja. hmmmm

Malam, keluarga saya nak outing ke restoran Mee Tarik di Alam Avenue. Jadi saya buat keputusan untuk bawa bekal..Saya balik rumah dulu dan grill ikan kembungndan rebus sayur sikit. Dan bawa bekal sendiri..haha..Fuh sikit lagi tergagal tanpa sengaja.

Harini segar sikit dan bertenaga, takde hal sangat..Alhamdulillah. Pembuangan pun normal.

Ni makanan harini :

Omelette dengan tomato dan kucai + SALAD

ikan kembung grill, sayur rebus dan mee tarik

 DAY 7 – ITS ALL ABOUT A FRESH START

Yeay! Tak sangka saya tiba ke penghujung. Harini saya dah tau apa nak buat. Pagi ada tetamu datang jadi saya cuma blend protein fruit smoothie. Kemudian tengahari saya masak seafood aglio olio untuk family, dan saya ambik sikit dan makan dgn ikan tenggiri separuh.

Malam saya habiskan ikan tu, dgn sikit nasi dan sayuran salad.

lunch : Seafood Aglio Olio + ikan tenggiri + sayur rebus

dinner : nasi 1/4, ikan tenggiri + salad + telur rebus

ALHAMDULILLAH, detoks dah berakhir. Overall rasa sangat bertenaga, cuma ada sedikit berkahak, mungkin liver/hati saya sedang membersihkan dirinya.

Jadi setelah 7 hari detoks, saya sayangkan tubuh saya yang dah bersih (dan berat saya yang dah hilang), maka saya ambil keputusan untuk teruskan makan secara bersih dan sihat.

Oleh kerana saya masih menyusukan, saya akan makan diet biasa cuma kecilkan porsi, tukar cara memasak dan tidak mengambil gula. Jom tengok resultnya.

Jangan lupa nantikan updates saya ya!

7 Day Detox (Day 4 &5)

Day 4 – IT’S ALL ABOUT ENERGY

Tapi …
Bangun Subuh, badan terasa sangat pelik. Menggigil dan berpeluh. Rasa nak tumbang. Solat pun duduk. Rasa tak larat sangat. Bawa baby keluar bilik untuk duduk di ruang tamu ber aircond.
peluh bukan peluh sbb kepanasan. orang kata peluh jantan ya.

Melepek kejap sampai jam 8, paksa diri buat smoothie mangga +protein+low fat milk. Terus zupppp datang tenaga. mesti low sugar mlm tadi.

Harini saya ketagih smoothie buah. Sampai 6 sudu serbuk protein saya guna sepanjang hari. sedap betul. HAHA.. bila lapar je saya buat smoothie..

Badan rasa letih sikit tapi segar dan bersemangat sebab SMOOTHIE!
Patut lah mereka kata harini hari tenaga.

Ohya, harini harijadi anak kedua saya. Jadi kami bawa anak anak ke Secret Recipe untuk makan kek. Saya order dinner saya – Salad dengan kekacang tu..sedapp tp mcm ada dressing yg hmmm..alamak rezeki belasah je la. Minum pun green tea je. kek semua ayah diorg kena habiskan. huhu

Pembuangan harini agak dasyat – 4,5 kali ke toilet

Ni menu harini

Fruit smoothie -sarapan dan snek (ADDICTED)
Cara nya : sebiji buah sederhana , 2 scoop protein, setengah cwn low fat milk, air sampai penuh, ais, blend dlm Shake and Take

Sup ni. goreng garlic dlm sikit olive oil, masukkan air, didihkan. masukkan sayur, dan kicap cair. potong cili padi dlm..terbakar oi

DAY 5- ITS ALL ABOUT VITALITY

Harini badan rasa lebih bertenaga.

Harini saya ambil chicken breast dan buat sup, masukkan juga sayur. Hasilnya memang sangat sedap. Saya tak tambah garam, cuma letak kicap cair. Rasa dia sgt best. Malam, saya panggang ayam untuk makan dengan sayur. Suami ckp sedap sup tu. yeay

Harini ada event juga malam. mereka serve mushroom soup dan nasi goreng. Nasib baik perut ni kenyang ..kalau tak heeeee habis.

Kunci kalau taknak terbabas program ni adalah Kelaparan/kekenyangan.
heeee

Pembuangan kembali normal. Perut mula rasa flat. Muka pun ada rasa sikit kicik. haha

Smoothie betik + protein
Lunch – Sup ayam + sayur

xx

detoks

7 Day Detox (Day 2 & 3) – Lost 2.5kg!!


Day 2 – ITS ALL ABOUT SOUP

Harini best sebab boleh makan soup. Nak banding meratah green salad only semalam!
Tapi sebab saya menyusu saya tetap selitkan sikit protein kat dalam soup. saya carik carikkan ayam dada yg di grill, nikmatnya dapat DAGINGGGG..

Tengok menu ni

detoks
Ada bayam, kobis, carrot, daun kucai, tomato

Makan pagi dan ambil semua supplement detox ini

Review:
Harini saya mula rasa penat. Saya diserang mengantuk yang sangat dashat. Saya boleh terlelap ketika mengajar anak sulung saya membaca. Nampaknya detoks mula berlaku. Saya rasa perkara ni sama macam masa hari hari pertama Ramadhan.
Malam pun takleh stay up bekerja, tidur awal, rasa penat sangat.

Pembuangan : 2 kali sahaja hari ini. Not bad eh. Tapi yang keluar nya ialah sayuran sayuran dari Day 1.

Day 3 – IS ALL ABOUT COLORS

Harini kami boleh makan macam macam…
jenis sayur -_- hehe

Harini saya rebus carot (oren), gril terung(ungu ), stim bayam (hijau), raw tomato, raw kacang panjang, daun selum

Kemudian, sebab saya menyusu – saya rebus telur sebiji untuk makan dengan sayuran.  Malam pula sy grill daging sikit. MasyaAllah at day 3 bila dapat daging…hahha rasa mcm dpt kek.

Ni gambar menu

Broccoli, carrot, tomato, salad, tabur blackpepper oliveoil dan garam sikit

Tengahari – tambah hard boiled eggs (hanya utk ibu bf ye), dan small fragrant pear

Malam ada tambahan terung, kacang panjang, daun selum, dan almost cooked boiled egg dan grilled meat

Review:
Harini saya rasa sangat lapar. Tapi saya makan pisang dan ambil protein shake dia jadi OK, kejap. Tapi bertabah lah.

Malam sangat penat dan tak boleh buka mata dah lepas jam 10. Lepas tu ada kahak mula develop.

TIMBANG!
Saya sebenarnya nak detoks untuk sihat (dan cantik ehem), kalau dapat turun berat tu kira bonus la..so tak fokus sgt bab nak hilang berat badan.

So memang taknak timbang tapi…hmmm bila nampak timbang dalam bilik rasa geram. jomlah apa salahnya tengok hasil 3 hari.

MAKKK..2.5kg dah hilang. sekarang 62.5 kg dah.

Pembuangan : tiada langsung pembuangan, agak pelik, tapi its OK

Ini yang buat saya bersemangat waja lagi nak teruskan 7 hari detoks. Apa pun jangan lupa follow perjalanan saya ke arah healthy and beautiful skin and body OK?

Kalau nak follow, marilah, saya akan post meal plan ni dekat belah kanan esok. Tinggalkan email dan saya akan terus bagi ASAP