10 Peraturan Sewaktu Detoks, Patuh ini Anda Pasti Berjaya :)

OK saya ada buat list macamana nak survive program detoks. Sebab detoks program atau program body cleanse ni sebenarnya agak sukar dan kdang kadang bikin stress sebab kena tinggalkan makanan makanan biasa kita makan.

Macam saya, saya detoks sebab berat saya memang susah nak turun, dan kemaruk makanan atas lesen menyusu tu memang la teruk. Jadi saya nak tolong anda supaya tak berhenti program ni separuh jalan, dengan menyenaraikan 10 peraturan. Haip saya yang menyusu pun boleh buat, takkan uol tak boleh kan..haha.

1. Pilih Meal Plan yang Anda boleh ikut dan patuh
Mungkin minum jus selama 10 hari akan buat anda tertekan? Anda boleh ikut plan 7 hari yang saya ada ni. Tapi apa pun ini semua berbalik kepada individu itu sendiri. Seeloknya pilih pelan yang ada makanan solid seperti buah dan sayuran. Dengan mengurangkan kerja kerja pencernaan, tubuh ada lebih banyak tenaga untuk benda lain.

2. Psiko diri sendiri 3 hari sebelum mula pelan detoks
Sebenarnya berdetoks tu lebih banyak pakai kekuatan mental dari kekuatan fizikal. Kalau minda tak bersedia, tubuh akan gagal dengan sendirinya.

3. Berehat
Cuba bayangkan tubuh kita macam tangki minyak kereta. Kurang minyak maka kuranglah tenaga- lebih lebih lagi 3 hari pertama detoks. Waktu ni elakkan bekerja terlalu kuat, atau mungkin nak masuk larian marathon? no no..pastikan anda dapat 8 jam tidur malam dan jangan berlebih lebihan pakai tenaga di siang hari.

4. Hidrasi
Kalau biasanya anda minum 8 gelas air sepanjang hari, semasa detoks patut up kan jadi 2L sehari. Fungsi tubuh akan jadi lebih baik dan akan keluarkan lebih banyka toksin.

5. Bersenam ringan, tapi jangan berlebih lebihan
Senaman paling sesuai ialah yoga, pilates atau berjalan jalan di taman. Saya kata berehat tapi tak bermakna anda kena tidur atas katil sepanjang hari. Tubuh kita masa detoks masih perlukan pergerakan dan regangan.

6. Buang apa saja makanan yang mengganggu fokus detoks
Makanan dalam tin, dessert, nugget, aiskrim, coklat semuanya harus dikeluarkan dari rumah/dapur. Gantikan dengan makanan sesuai detoks sahaja.Ini semua akan mengganggu konsentrasi.

7. Rancang nak buat apa kalau ada masa terluang
Selalunya bila ada masa terluang kita akan pergi ke dapur untuk bikin teh tarik atau sandwich cheese. Jadi semasa detoks , masa lapang ni nak buat apa ya. Mungkin boleh mula main game candy crush ke haha?

8. Side effect – Ia memang ada!
Tengok diet asal anda lah. Apa yang anda buang bila berdetoks? Selalunya siapa yang berhenti minum kopi, akan merasa sakit kepala pada hari hari awal. Tapi kalau anda teruskan sahaja pelan itu, lama lama anda akan rasa makin baik. Macam saya, saya banyak ke tandas, naik ruam dan gatal kulit, berkahak dan sakit kepala jugak.

9. Kurangkan stress sepanjang tempoh detoks.
Ini khusus untuk mereka yang suka makan bila rasa stress. Kalau sakit kepala memang ramai akan give up dan makan je makanan kegemaran. Mungkin anda nak mulakan detoks di hujung minggu jadi stress tak teruk sangat pada hari pertama dan kedua. Kemudian dah boleh manage.

10. Jangan la makan nasi lemak terus lepas habis program detoks!
Sayang sahaja selepas seminggu makan makanan yang bersih dan segar. Dan dah lose pun kg. feeling pun rasa syok. Pada pengalaman saya lepas habis detoks, saya tak teringin pun nak makan makanan terproses. Badan dah terbiasa dengan makanan semulajadi dan bersih, bila makan benda yg tak berapa bersih — terus badan mengamuk, berangin dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *